Pages

13 April 2013

Terima Kasih Ya Rabb.

بسم الله الرحمن الرحيم 

status: lagu keroncong.


Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.
:)

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT.
Terima kasih Ya Rabb.

*****

Taktau nak cakap macam mana, tapi alhamdulillah akhirnya berjaya jugak melepasi satu tahap dalam dunia perubatan. Yang mana insyaAllah, bukanlah satu pengakhiran tapi yakni satu langkah permulaan kepada kehidupan yang sangat berliku dan mencabar di hadapan sanan.

Subhanallah.

Benarlah bahawa Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berusaha. Walau seteruk mana pun jawapan dalam exam, tapi oleh sebab kita dah berusaha hingga ke tahap maksimum, ke tahap kita sendiri rasa nak rebus-minum-buku2-dan-nota2-dan-muntah-balik, Allah membantu kita sebab Allah nak tengok USAHA kita. 
Tak payah nak sibuk2 dan beratkan kepala pikir pasal natijah,sebab Allah dah tentukan apa natijah kita.

Exam kali ni memang sangat memberi impak dan kesan.
Mungkin sebab exam kali ni dalam keadaan dimana diri dah mula mengenal Allah dengan lebih dekat.
Maka, pergantungan kepadaNya diletakkan seratus peratus.
Kalau dulu mungkinlah cuma lapan puloh persent je. uhuk. batuk pulak +.+

Aha. Dan alhamdulillah airmata gembira membasahi mata.

*****

Tahniah buat rakan2 batch 2012/2013 yang berjaya dalam 'pertarungan kechil' ini.
Jom, bersiap sedia untuk 'bertempur' dalam pertarungan yang akan datang.
;)

Buat yang rakan2 akan menghadapi supplement, jangan cepat putus asa. Allah dah tengok usaha korang, Allah nak mendidik anda2 menjadi kuat dan taff, supaya anda2 menjadi seorang yang sangat kuat fizikal dan mental dan bersedia menghadapi dugaan dihadapan yang pasti, lebih memeritkan.
Bersangka baik lah dengan Allah SWT.

Allah PASTI akan menolong hamba-hambaNya yang berusaha. 
chaiyok2!!

"Keep your head up. Allah gives the hardest battles to His strongest soldiers :)"


p/s: oh ya,esok bakal menjejak kampung. yeayy >.<

No comments:

Post a Comment