Pages

27 December 2012

Pilihan.

بسم الله الرحمن الرحيم 

status: inspired.


salam alaik.
huh. baru lepas tengok detective conan. nampak tak jiwa ribena still tak berubah -.-'
okeyy. stop di situ.

sejak semalam, banyak benda nak diluahkan tapi..entah. macam tatau nak tulis apa.
duk tulis, then masuk draf, then biar je macam tu. haha. awkward.
maybe, i should give a try today.
bismillah.

***

sejak dua tiga hari ni, selalu teringat dekat si..[tatau nak describe apa but i will call as 'n' only]
memang susah kan nak lupakan benda yang dah sebati dengan kita sejak tiga tahun lepas.
tapi, worth it kut sebab i feel much better today :)
saya mula kenal 'n' tiga tahun lepas. masa tu masih mencari identiti diri. eheh. ayat skema bahasa melayu *.*
tapi, betul la. masa tu still tak betul2 didedahkan dengan DnT yang saya kenal sekarang, walhal dah pegang title BADAR. aha, badar just pada nama. sama macam islam cuma pada IC. *sigh*
Allah.
rasa macam "biar betik aku dulu buat macam tu-.-..",
tak boleh nak diletak pada akal.

teringat pulak seorang murabbi pernah cakap,
"Allah akan uji apa yang kita cakap, one fine day".

masa tu, entah macam mana terpilih pulak jadi naqibah. naqibah yang bawak usrah junior form1 & form 2.
boleh kata dekat semua sbp ada badar, naqibah segala. tapi, maybe sebab tak mendapat guideline yang betul, so usrah untuk junior tu just untuk penuhkan masa lapang. biasa la, junior, masa untuk pembentukan sahsiah. *bak kata cg. azaman. eheh.

dan time tu, dekat sekolah banyak pulak couple2 yang muncul, tak kira la senior ke junior ke.
dan kononnya sebagai badar, kitorang la yang kena tegur junior2 ni.
nak dijadikan cherita, masa tu kenal pulak dengan si 'n' tu. dan dia mintak couple.
dan entah macam mana jugak, i accept him.
Allah.
rasa malu sangat. kita yang duk kata jangan couple, jangan couple last2 kita jugak yang buat mende tuh.
konon2 nak jadi couple islamik. nak jadi contoh dekat adek2 yang couple jugak. *konon.
padahal dah macam spotlight terang-tang-tang yang Allah dah bagi amaran dalam al-quran:

 “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
[17:32]

masa tu memag dah tau, couple tu haram.
tapi..tengok la. pandai aje inche syaitan-iblis nak indahkan apa yang kita nampak tak indah pon sebenarnya.
terperangkap dalam monolog diri sendiri kut. entah.
pernah sekali terpikir, "aku ni tak dapat stret A sebab couple ke?Allah tak redha ke ilmu yang aku dapat?"
tapi, masa tu yela, dibutakan dengan 'cinta' dia. kononnya. tak kesah dah.

bila masuk kolej, life teruk gila.
dengan study yang-entah-nape-teruk-tiap-kali-exam dan dengan si 'n' tu dah start tunjuk yang dia, bukanlah se-manis-gula yang disangka. haih.
dan dekat sana la jugak mula mengenal DnT. jzkk to 'ainaa :)
dia tunjukkan yang sebenarnya islam tu indah. islam tu sebenarnya ad-deen.
dan betul la, manusia akan mula tertarik dengan something bila mana kita nampak dengan mata sendiri contoh yang baik tu. Qudwah Hasanah.
dan semua QH tu, saya nampak drpd 'ainaa.

bila mula jadi student uni, kenal pulak dengan akak2 ohsem, akak2 Hadiqatul Jannah [HJ].
they are soo good to me. sangat supportive :)
dan hati ni, mula tertarik dengan apa yang dibawa HJ. mula timbul keinginan untuk menjadi super saiyya. *pinjamquoteAPG

dan bila nak meninggalkan sesuatu yang dah sebati dalam diri kita, memang bukan sesuatu yang mudah macam nak eja A-B-C ataupon semudah nak belajar menulis 1-2-3.
tapi, bila hati dah jumpa sesuatu yang indah, yang buat hati ni tenang, sape nak let go macam tu je kan?

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang..."
[13: 28]

dan benar lah,

"MUJAHADAH ITU MEMANG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS."

ini pilihan saya, anda bagaimana?
tak teringin ke nak jadi super ohsem, super saiyya kalau ikut kata inche gabbana, macam The Sahabah.

Kita ada dua pilihan, sama ada kita pilih jalan yang akan bawa kita ke arah Dia ataupun jalan yang bawa kita jauh daripada Dia. 
-kak azie-
ala-ala The Road Not Taken tu..

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)"
[90: 10] 



moga bermanfaat ^^.


#jzkk to raihanah,housemates,'ainaa,auni,ina 
kerana memberi kekuatan kpd  diri ini.

22 December 2012

Debat Piala Pusingan

بسم الله الرحمن الرحيم 


status: kering-kontang-tang.

salam alaik ppl.
kering.
bukan tak cukup air la. kering ni sebab susah hati, takde sape nak ketuk-kan kepala, bagi ayat ouch daripada Allah. 'surat chenta' seh.
Allah. betol la bila duk dekat rumah mesti susah nak istiqamah buat something.
TAPI...ada ke org kata mujahadah tu senang macam baca A-B-C??
eh. nak belajar baca A-B-C masa tadika pon bukan senang apa. *garu2kepala
nak tulis 1-2-3 pon bukan senang. tergeliat ulna-radius bagai. nasib tak terseliuh tangan je.
ah. takkan kita tak boleh buat, sedangkan sahabat2 masa zaman Rasulullah dolu2, lagi hebat diorang punyer cabaran. kita ciput je kot. ahai, tu pon dah nak mengeluh-tak-cukup-tanah. *ketukkepala
cer recite balik cherita Ikramah tu hah.
padahal baru je abis khatam. *ketukkepalalagi
rasa nak menulis tapi otak sedikit beku. sebab hujan tak henti2 daripada pagi tadi ke, sebab tu otak pon sama jadi beku macam ikan dalam peti ais?-.-
jangan nak salahkan hujan pulak. hujan tu kan rahmat daripada Allah.
patotnya doa banyak2, doa time hujan lebat kan sangat afdhal.

sila abaikan jika anda2 pengsan tak paham apa yang ditaip oleh penulis.
ni la yang jadi bila neuron2 dalam cerebral kiri dan kanan buat debat piala perdana menteri malaysia.
mau nye kalah jord, si sasterawan kolej, hamman, si pendebat terbaik masa debat pusingan batch form1 dolu. silap hari bulan, A.Samad Said pon datang nak mintak sign sebab jadi pakar-bahasa-merentas-kokurikulum dalam belog.
Err. sila abaikan!!

Tak senang duduk, macam cacing kepanasan kalau ikut silibus bahasa melayu spm dulu.
Susah hati.
hati rasa susah. susah sebab walaupon dah pergi konferens sana-sini, nanges-tak-cukup-tisu, share-itu-ini TAPi still tak dapat nak betol2 amalkan apa yang dapat tu dalam kehidupan seharian.
betol, dekat kolej senang je nak mujahadah bagai walaupon kadang2 nak ter-peleot jugak kaki daripada jalan sumpah panjang ni, TAPI kat sana ada ramai je konco-konco yang satu gerabak nak tolong tarik.
tapi..tapi..dekat rumah.......SUSAHNYA! *rasanaknanges

Allah.
susahnya nak jaga ikhtilat.
duk rumah, ade je yang mesej 'toing-toing'. *abaikan-.-
arghh~
awat la jadik macam ni.
atau mungkin salah diri sendiri yang gatal tangan nak picit butang 'send' tuh.
konon nak pass makanan, tapi sebenarnya dah terpedaya dengan inche syaitan yang pandai aje nak kelentong-kan diri sendiri nih.
buat kerja pakai otak dulu la deyy. bukan pakai hati dulu.
kan dah tau Allah bagi akal tu untuk ape.
*ketukkepalakuat2

Allah.
ke sebenarnya hati still tak kuat?
hati still tak kuat nak tinggalkan dunia jahiliyyah.
Inche J yang sangat memerangkap, yang sangat licik.
nak jauhkan diri daripada orang yang penah duk lawan sape-hantar-mesej-paling-cepat dulu??
haiyooh~
mengeluh panjang. termenung tengok kaki.

Allah.
kata nak jadik orang 'baik'...
TAPI..still tak buat apa yang dah ikrar pada diri sendiri.
janji macam2 bagai nak berubah, tapi still tafsir tu duk terceruk dalam beg je pagi petang siang malam.
padahal dah tau terang-tang-tang yang love letter tu kene tilik 24/7 macam nak khatam lecture notes tu.
.
.
.
.
Allah.
Allah.
Allah.
Allah.
Allah.
Allah.
Allah.

Hamba-Mu ini sangat lemah.
Kurniakan kekuatan pada diri ini Ya Rahman.
Tenangkan hati dan jiwa ini Ya Rahim.



#(Ar-Rad:28)

20 December 2012

ok! tengs, bai!

سم الله الرحمن الرحيم 



mode: BANGKITKAN JIHAD-shouratul harakah.

Assalamualaikum wbt  dan مساء الخير (selamat petang).
tetiba teringat pulak belajar arab masa sekolah dulu o.o

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.
Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.
sejam lepas, baru saja menjejakkan kaki ke rumah setelah 2H 1 M berkampung Taman Ampang,Ipoh utk daurah.
OK! Tengs Bai! (OTB)
Alhamdulillah, rasa bersyukur sgt dapat pergi daurah tuh. dapat tambah ilmu, dapat pencerahan dan all things that keep wandering in my mind.
Subhanallah, akak2 pulak sangat OHSSEM :) asyik makan je kitorang.eheh.

SAYONARA JAHILIYYAH.
sayonara jahiliyyah *dey,ni video.drpd utube
selamat tinggal jahiliyyah.
Jahiliyyah.
kat sini saya akn guna inche J sbg kata ganti nama bagi jahiliyyah.
apa yang anda, antunna faham tentang jahiliyyah? *tanyedlmhati
pd pendapat saya, jahiliyyah equal to apa2 yang bukan islam yang tak mengikut alquran dan sunnah.
Jahiliyyah tu bukan saja dipraktikkan masa zaman Rasulullah SAW dulu je, tapi zaman sekarang pon ada.
mesti ada orang kata, "Ala, skrg bkn jahiliyyah, skrg kita kena ikot peredaran semasa.mana ada semua mende2 tuh".
sila bukak minda, bukak mata luas2, bukak telinga kasi capanag pon takpe. tengok balik definisi inche J tu balik. apa2 yang bukan islam. paham tak abang, kakak, adek2??
ada ke islam ajar umat dia k-pop, gangnam segala bagai. ada ke Allah berfirman dalam alquran yang zina tu dibolehkan?takde kan?so, cuba fikir. Allah bagi otak suruh fikir kan.aha.
kalau nak recite satu2 pasal jahiliyyah ni, memang tak cukup 24/7, pasal jahiliyyah ni sgt banyak.

Kalau kita betol2 tengok inche J ni drpd kaca mata hati *adake?* , inche J ni attack kita drpd macam2 arah, drpd pelbagai sudut. drpd degree 0 sampai la 360 degree dia attack.pulak tu, dia guna macam2 alat nak attack kita. sudahnye, inche J ni akan membentuk satu pemikiran atau omputih panggil 'mindset' yang mana akan pandu hidup kita. ke mana kita nak menuju dalam hidup kita nih. mindset yang 'begitu' [salah] akan melahirkan satu serangan pemikiran atau 'Ghazwul Fikr'.
ohoii, ape pulak ghazwul fikr ni?*garu kepala
pasal GF [ghazwul fikr] kita kiv dulu. mari tengok cara inche J ni attack kita, dari arah mana ia datang.


hah. nampak tak?
licik sebenarnya inche J ni kan?
inche J ni jgk jenis yang on-going, takkan pernah berhenti utk membuatkan kita jauh drpd jalan-Nya.
maka,untuk menghalang inche J ni drpd menghalang diri kita mentaati perintah-Nya, kita hendaklah betol2 jaga mutaba'ah amal kita. 
ada sorang akhwat penah share citer sorang murabbi yang betol2 jaga dia punye mutaba'ah amal dia, dan setiap kali akhwat ni tengok muka murabbi dia, dia akn rasa tenang, releks je.
haa, see.
Allah akan jaga org yang menjaga/ menolong agama Dia.

ok.insyaAllah setakat ni dulu perkongsian kita.
moga anda2 dapat, walaupon sikit apa yang saya cuba share kan.
moga bermanfaat.


#16nov2012.




08 December 2012

(2:208)

بسم الله الرحمن الرحيم 


mari mulakan dengan al fatihah :)

orait.tarik nafas..hembus.
rasa tak oksigen2 mengalir masuk dalam bronkus dan dissolve dalam alveoli paru2?
alhamdulillah utk nikmat Allah yg free :)

ohoii..penoh sawang -.-
berani betol inche labah2 ni buat sarang ye.ahaha *takdekaitan

ahhh~tenang.
baru tamat end of module jumaat lepas. HIGO dah babai, tapi jumpa balik april nanti. final oii *kecutperut 
lepas ni ICE. main jalan2 dkt rumah sakit je la. bakal lenguh kaki -.-

ehem.betulkan kotak suara.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu." [2:208]

masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.secara keseluruhannya.keseluruhannya.
keseuruhannya= semua aspek=Ad deen
tengok,sama tak?kan kan.
Ad deen. cara hidup. means idop kita kenalah based on Islam through and through. no patchy2.
ambik sana, ambik sini, cedok sana, cedok sini sikit. ingat idop kita pakai cetong ka?( cetong=cebok)

contoh. si gender XX. si A bertudung litup tapi atas pagar.
tidakkah Allah sendiri dah berfirman yg kaum Hawa wajib menutup auratnya.
tutup aurat tu tak bermaksud tutup rambut je akak2. tutup aurat means tutup seluruh anggota tubuhnya kecuali muka + tapak tgn.
bertudung pon ada 4 syarat2 nya mengikut Ustaz Don dalam salah satu video beliau:

1. Hijab terbuat dari kain yg tebal sehingga tidak menampakkan warna kulit tubuh.

2. Hijab longgar dn tdk menampakkn bentuk anggota tubuh.
3. Hijab bkn djadikn perhiasan bahkan sebaiknya memiliki 1 warna bkn berbagai warna dn motif.
4. Hijab bkn merupakn pakaian kebanggaan dn kesombongan.

haa.cu tengok syarat kedua tuh.longgar dan tak menampakkan bentuk anggota tubuh.
mcm mana pulak dengan kisah si A tadi?kalau bertudung litup bkn dgn niat kerana Allah,utk tutup aurat, better recheck hati.
dan kalau bertudung cuma untuk berfesyen, supaya si-gender-XY-berkenan-sebab-bertudung, better pikir betol2.
ingat, Allah sendiri pesan dalam love letter-Nya supaya kita masuk islam secara keseluruhannya.
jadikan islam sebagai Ad-deen, insyaAllah selamat dunia akhirat :)
moga bermanfaat.

#pesananbuatdirijugak!
#jika ingin m'baiki dunia, kita perlu baiki manusia.dan utk baiki manusia kita perlu baiki hatinya.utk baiki hati, kita mesti bermula dgn memperbaiki solat (cc: beduk diketuk)






26 October 2012

duhai sahabat.

سم الله الرحمن الرحيم 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

sahabat, ini bingkisan buatmu. *tachycardia 


duhai sahabat
mungkin aku tidak pandai berkata-kata
mungkin aku tidak arif dalam menuturkan bait-bait puisi
mungkin juga aku bakal mengguris hatimu lagi dengan kata-kataku ini
namun
ketahuilah duhai sahabat
bingkisan ini lahir daripada hatiku yang paling dalam
bingkisan ini lahir apabila aku mula mengenal erti ukhuwah yang sebenar-benarnya

duhai sahabat
mungkin dulu aku terlalu mengagungkan keegoanku 
sehingga kau terluka
mungkin dulu aku terlalu memenangkan si iblis durjana itu 
sehingga kita berjauhan
mungkin dulu aku terlalu menutup hatiku buatmu
sehingga kita bermasam muka berbulan lamanya


duhai sahabat
aku tahu, diri ini selalu menyakitimu
aku tahu, diri ini selalu mengguris hatimu
aku juga tahu, diri ini banyak melukakanmu dengan tindak-tandukku 
namun
aku mohon duhai sahabat
ampunilah diri ku ini
ampunkan segala perbuatanku yang tidak menyenangkanmu
ampunkan segala kekhilafan diri ini 
ampunkan segala kekasaranku terhadapmu
amounkan segala keegoan ku
ampunkan ku duhai sahabat

duhai sahabat
aku sudah tidak sanggup bermasam muka denganmu
aku sudah tidak mampu hanya memandangmu dari kejauhan
aku sudah tidak ingin, cuma angin lalu apabila kita berselisih

duhai sahabat
aku tahu lukamu terlalu pedih
aku tahu lukamu terlalu dalam
aku juga tahu lukamu terlalu sukar untukku ubati 
namun
ku harap hatimu masih punya ruang untuk menyambut kemaafan dariku
ku harap ku masih punya peluang untuk menebus kekhilafanku terhadapmu

duhai sahabat
di hari yang mulia ini
aku menyusun sepuluh jari
maafkan ku duhai sahabat
maafkan segala kesalahanku terhadapmu
maafkan ku kerana membuatmu terluka
maafkan ku kerana meninggalkanmu tanpa sebaris kata
maafkan ku kerana tidak memberi peluang kepadamu untuk mendekatiku
maafkan ku kerana kekerasan hatiku hingga melukakanmu

maafkan ku duhai sahabat.


Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم 


Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak

ertinya:
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

salam Aidiladha buat umat islam di seluruh dunia.
may Allah bless :)


#notakaki.
cemburu dengan hamba2Nya yang berpeluang menjadi tetamu Allah.

24 October 2012

yang indah itu bahasa

بسم الله الرحمن الرحيم

#status: hujanlebat

Assalamualaikum wbt wahai antum&antunna sekalian.
moga kalian berada dalam lindungan Allah swt.

uhuk..uhuk..uhuk
indeks IPU bagi belog ni dalam zon bahaya!
ini batuk bukan sebarang batuk..ini batuk disebabkan belog ni yang dah lama terbiar sepi sampaikan inche labahlabah berani menunjukkan diri
maaf buat si belog kerana lama dibiarkan sepi sendiri.
*hurmm.lenggok bahasa lain benar rasanya o.O

hujan.
hujan itu rahmat kata orang.
rahmat. 
sebab tanaman2 dapat bekalan H2O yang cukup untuk buat proses fotosintesis bila jumpa sang matahari esok.

tadi, terdetik di hati untuk menjengah belog seorang hamba Allah.
Subhanallah. 
terasa kecil diri ini untuk dibandingkan dengan beliau.
terasa tersentuh jiwa yang kosong ini dengan ayat2 beliau.
teringin sebenarnya hati ini utk mempunyai kelebihan sepertinya.
mungkin...boleh digarap dengan praktis.
maklumlah, practice makes perfect kata pakcik matsalleh.
tapi manusia takde pon yang perfect. *ehehsekadargurauan :p

okies.masuk tajuk utama.
ISK.
Ini Sumpah Kewrious. Ini Sejarah Kita.

graf tamadun islam.

pernahkah antum&antunna semua lihat graf ini?
dalam buku teks sejarah tingkatan 4 kah?ke dalam subjek pengajian malaysia? o.O
ke cikgu sejarah pernah cakap dalam kelas dulu tapi aku tidoo?*monologdalaman
ke ustaz/ ustazah pernah cerita masa belajar pend.agama islam?*garu2kepala
jangan digaru kepala tu,nanti jatuh inche2 kutu.

wahai antum&antunna semua, itulah graf sejarah kita.
graf kebangkitan&kejatuhan umat islam.
sedarkah kalian?
dimana kita sekarang?
ana tahu,ini fakta yang agak berat.
tanpa pengisian yang mendalam,mungkin antum&antunna semua agak keliru.
takpe takpe.
insyaAllah jika diberi kesempatan ana akan cuba post pasal ISK ni.
buat kalian, tak rugi mencuba selidik2 sikit pasal sejarah islam ni ye.
tak rugi punya. kalau bkn kita,siapa lagi nak tahu sejarah kita.
takkan nak pakcik2 dan makcik2 matsalleh je ingat sejarah ni.
tu baru betol rugi.

dalam pada tu, cuba selak love letter daripada Allah tu.
[2:30] dan [51:56]
hayati maknanya.
dekat sini,ana sertakan part one ISK daripada seorang hamba Allah yang sudi sharing sedikit ilmu yang diperoleh.moga bermanfaat."sedikit sharing"

moga post kali ni memberi sedikit sebanyak info dan membuka sedikit pandangan kita.
marilah kita sama2 menjadi seorang islam, bukan seorang Islam.



p/s: maaf andai post ini membuatkan hati2 sang pembaca terluka atau terguris.
mohon diampunkan salah dan silap.
#mogabermanfaat :)



*sedikit pencerahan 
moga terang dunia anda ^^












21 August 2012

Aidilfitri.

Assalamualaikum wbt.

dah masuk hari ketiga nampaknya raya.tak terlambat lagi kan?
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua umat islam di seluruh dunia.
ampun dan maaf dipinta sekiranya ada tersilap kata,terkasar bahasa,terguris hati dgn kata2 sepanjang mengenali diri ini.

bulan ramadan dah pun meninggalkan kita dgn jejak2nya *err..terasa mcm sasterawan negara pulak -.-*
sudahkah kita bersedia dgn bekalan utk menghadapi 11 bulan yang mendatang nanti?
pertanyaan ini pon ditujukan utk diri sendiri jugak.ahaks :)
rasa ramadan yang baru je kita tinggalkan ni mcm kosong.
empty org putis kate.hehe
rasa mcm xada ap2 yang mengisi hati ni.hai,entahla.
takut sebenarnya nak menghadapi 11 bulan yang mendatang ni.
mcm mane ye?
-.-

ok.jom dgr kisah ni.
hari raya.
kalau zaman Nabi Muhammad S.A.W+zaman sahabat2 dulu,raya ni adalah hari kemenangan.
kemenangan kerana berjaya menumpaskan musuh2 islam.
kemenangan di mana wilayah2 baru dibuka.
kemenangan yang mana mereka berkorban jiwa dan raga utk mempertahankan islam,agama tercinta.
kalau kita hayati,kebanyakan perang yang berlaku semasa zaman kegemilangan islam dahulu adalah dalam bulan ramadan.
sebab tu la syawal ditakrifkan sbg hari kemenangan.umat islam menyambut kemenangan dalam bulan syawal slps puasa.
menarik kan?
kalau kita baca sejarah2 islam dahulu,digambarkan tentera2 islam bagaikan "singa di siang hari dan abid di malam hari"
hebat sungguh mereka.
walaupun dalam bulan ramadan tetapi tak menjadikan mereka lemah.
cthnya perang Badar,perang Khandak,perang Tabuk dan pembukaan Kota Mekah.

kita pula?

fikir pasal nak makan apa berbuka,fikir pasal letih la..mcm2. *terasa.hehe*
maybe kita boleh jadikan peristiwa ni sbg pengajaran.
kita try perbaiki diri,sekurang2 nya utk tahu sejarah2 islam.
sebenarnya interesting cerita2 sejarak kita ni.

p/s:mari hayati sejarah2 islam ^^



22 June 2012

berpasir mata

salam alaik ppl.

alhamdulillah.
thanks to Allah The Almighty again :)
got accepted.
i can't stop smiling.

mesti ramai pelik nape plak mata boleh berpasir kan?hehehe.fikir2 la ye.
alhamdulillah again.
akhirnya diterima masuk untuk sambung 'BACHELOR OF MEDICINE AND BACHELOR OF SURGERY (MBBS)' di RCMP,Ipoh,Perak.
















tak tahu nak cakap apa dah.haha

tak pernah2 rasa nervous tahap gaban mcm hari ni nak tengok result application.
nampak je "permohonan anda berjaya",rasa sebak sangat ^^

insyaAllah akan buat yang terbaik di sana nanti.
and insyaAllah nak jadi one of the best student.

terima kasih buat semua cg2 di kmkn..kawan2 yg selalu menyokong n berdoa.
tak nak kecewakan cg.azran n pihak RCMP.insyaAllah.
buat junior2 di kmkn spc-mara-medic,,buat baik2 exam.
jgn sia2kan peluang dkt kmkn tu.ini jalan plg senang nak masuk medic compare dgn program2 mara & jpa yg lain.

dan kawan2,,doakan saya berjaya harungi 5 tahun mendatang ni ye.

14 June 2012

i made it :)

status: result is out today.yeay!

i made it.the final exam last month.
alhamdulillah :)
can't say how grateful i was.

a hundreds-thousands-millions to cg.wan azran,,ticer syafeeza,,cg.hafizi,,cg.roslan and not forgetting
ustaz ramli,,cg.hadidah,,cg,rozanawati for teaching me for these ten months.
you are all great teachers ever.

n thanks also to all my friends in KMKN :)
insyaAllah we all will be the great medic student and will not let down all the teachers.

nota kaki:
teacher syafeeza said: 
                                 "..when i saw the medic students in hospital, i can see 
                                 all of my students in that white coat.." 


09 June 2012

hari bahagia

mood: maher zain berkumandang,barakallah :)


hari ni spesial post utk school-mate yg br je menjejakkan kaki ke alam baru...
selamat pengantin baru fitr...



sedih xdpt nk pergi :(
hehe.tpi xpe dpt tgok gmbar pon jdi la...
bt fitr & ezani,,semoga korang berbahagia sehingga ke akhir hayat...

and i am really2 agree with syifa ilyani
best nye klau dpt g wedding kwn ngn kwn2..hehe
best jgk dpt tgok kwn kita dh jumpe her 'mr.right' ^^

fitr,dh dpt baby nti jgn lupa inform dkt pak sedara n mak sedara batch saem ni..haha
semoga fitr bahagia..
betul la jodoh tu Allah yg tentukan.kita cuma merancang tpi Allah menentukan :)
congrats fitr :]

03 June 2012

a strange feeling

mode: listening to edcoustic and drinking neslo :]

salam alaik ppl

it is such a long time since i feel this calm feeling *smile*

a confession.

i will always forget what i do everyday in college when i am at home.i forget all of them.i will forget what i planned to do when i am at home.i will go back to the 'old me'.

anyone doesn't know this except for me myself.and i am not going to reveal what it is.

i have planned a lot so that i can change myself to be a better girl BUT i still hold myself back in those 'black hole'.

ahh..maybe others may think that i am a nice girl because of my quiet behaviours. urmm,sorry guys but i don't think i am that 'baik' girl.

i want to change but sometimes i just don't have that strong strength to pull me away from the 'black' side.

i know this confession will make anyone who read this post have a big,bold,with black coloured question mark.but pliss don't ask further,let me myself understand this situation.i just don't know where i should write.i don't like diary too much although i do write them couple years back.

********************

okay.
a few hours back, i heard my sister talked in phone with her friend.then,she told her daughter that a child in the ward where she worked now was died today. 

suddenly,something was like came into my heart "..Ya Allah,is it so easy for human to live and then die when the time comes?.."

then i felt that i have done many things that if i died tomorrow or now i will not get any chance to feel or even smell the beauty of heaven.
i want to go there but i am so afraid.
i hope i still have the chance to correct myself.
pliss give me some strength ya Allah :)

17 May 2012

5 alpha 2010

mood: joy inside :]

salam alaik ppl
tetiba rasa nak post pasal bdk2 5 alphashine dulu.
here the story goes....

kitorang kelas plg sikit dalam sekolah faris masa tuh..22 orang.tapi best.ada 10 perempuan,12 lelaki.masa form 1 setiap kelas mesti ada gaduh laki-pmpuan.tapi bila dah masuk form 5 nih,rasanya masing2 dah mula pndai berfikir kot,,so dah kurang gaduh,makin pandai berkawan.
kawan je.tak ada lebih2.

okies.now,i'm going to begin our story..

      kitorang pnyer ketua tingkatan: alif fahmy
nama glamor: mat..hehe
selalu je yakin dgn ap yg dia cakap.hahaha
penyeri kelas kitorang 
dia sangat la bangga jadi org kuala balah.cg pon tahu.hehe ^^

ni assistant mat: nor fatin najihah 
nama glamor: bit
bit ni plg kurus la dlm kelas kitorang.hehe
dulu lain,skrg lain..*maksud tersirat nih.hehe*
bdk pmpuan paling tggi dalam kelas ngn eza.

next...headgirl sekolah: nor hasnieza
nickname: eza
eza ni bijak math 
dia la sorg2nya yg further accounting dlm kelas kitorang
gdluck eza ^^

ni dia deskmate eza: nurfatinun nisaa
nickname: nisaa
suker sgt nyanyi lagu hindustan,siap dgn mata2 skali gerak.kikiki
n antara top scorer kat sekolah faris
xtahu la skrg dk ber-hibernasi dkt gua mana..senyap jer.

 si ramai peminat jgk nih.hehe: nurrulainei
nickname: ainei@chong.xtahu jgk start bile nama ni.kne tnye tuan pnyer badan la.hehe
ni pon top scorer jgk
tak tahu la makan ap,tapi maintain slim jer memanjang.hehe
bakal dokter insyaAllah

bestfriend ainei: nur akmal
nama panggil: kema
masa upsr dulu dia best student kelate *wah*
ni la dia naib presiden rumah mahathir
budak plg kiut dalam kelas *hesitate*hehehe.jgn mare kema >.<

org tepi bit: nor amirah
nama panggil: mirah @ mok.hehehe
ni mok kitorng.. :p
bijok math jgop nih
dok sebelah dorm saya jer
BPI jgk nih

org belakang: nur syifa ilyani
nickname: cipa 
ni org kuat rumah hussein..hehe
friendly girl,,my geng tido dlm kelas..hihihi
my bestfriend.sejak form 1 kitorang sekelas.
dia seorang yg sabar dgn ap saya selalu buat dulu.sori byk2.saya sayang awk cipa <3

belakang lagi: nor pazilah
nama panggil: paa
budak2 ni suka kacau paa..hehe
ni pon bijak math jgk nih
rajin blajar...org machang nih.hehe

sorang lagi prefect: maizatul farhana
nickname: mai
mai ni dduk dkt tanah merah
mai pn jenis friendly jgk..*aku sorg je pn snyap.haha*
mai salah sorg yg selalu tolong saya bila buat latihan akaun.tenkiu mai ^^

ni budak paling bijak dalam kelas: affan
nickname: apom
dalam kelas kitorang dia selalu sponsor,,ada band kat sekolah dulu,,selalu bt jamming kalau ad ap2 event
budak bijak,,top scorer n latest; apom dapat international scholarship dekat queen belfast uni nu ha
congrats ye apom *thumbs up* ^^
semoga berjaya jadi one of the best student of actuarial science.amin.
n thanks apom utk berbakul-bakul nasihat ari tu :)

si kembar (tapi sorang jer kat sini.hehe): rashdan
nama panggil: tepek
dia ni sorang je spm ambik 11 subjek,sbb dia ambik seni+akaun.tapi,dapat jgk straight A
sekarang tgh buat degree architechture dekat uitm shah alam
tepek ni satu geng piyie n ada kembar,tapi kembar dia dekat mrsm pc.
selalu jer menjerit-tanpa-sebab dlm kelas dulu.hahaha

budak laki plg senyap dalam kelas tapi selalu jer top: ahmad abdul hakin
nickname: hakin
boleh kata hakin paling senyap la antara bdk2 laki dlm kelas dulu
wakil sekolah dalam bola sepak
salah sorg anak emas TM ^^

orang muka cool: mohd alif
nickname: pelik sikit..etok.hehe
xtahu la jatuh dri langit mne nama ni -.-
one of the prefects dalam kelas kitorang..muka selamba jer
maaf la rahsia terbongkar.....ad ore oyak etok hencem loni.hehehe :p

prs dalam kelas: mohamad azzam
nama panggil: ajje
dia ni npk je kecil..tapi kecil2 cili padi.top scorer la 
sekarang tgh buat A-level dekat GMI dgn zaifurin

ni geng tepek: noor muhamad syafirie
nickname: piyie
ni la best student kitorang n sgt aktif dkt sekolah dulu
sekarang tgh bt preparation dkt KDU
ak igt dia ni pmpuan dlu sbb ad noor..hehehe.sori2 :p

ore tuo kito: ramzi
nama panggil: meji
ni geng cipa dkt kyuem tpi bdk engine la bkn medic mcm cipa
org kuat pkbm kat skolah dulu
nak tahu pasal askar,,tanye je dia.semua dia tahu drpd A sampai Z ^^

org sebelah: muhammad amirul shahrin
nama panggil: tojo
kitorang panggil tojo sbb sama mcm jeneral tojo dlm buku teks sejarah form 3,,garang.hehehe ^^
dulu tak berani kot nak tegur,tpi bila dah naik form 5 tojo dah ok sket,siap bergurau ag.hihi
ni la abah kitorang,,basketballer berjaya
dia ni pon satu geng ngn ramzi.minat pasal askar n skrg tgh bt asasi dkt upnm.

ni la presiden BPI: muhammad syafiq
nickname: capik
dia ni pon kes dulu lain,skrg dah lain sikit..hehe
top scorer jgk nih..diam2 ubi berisi la katakan :p
ada satu ayat yg dia cakap ari tu:
"..ilmu tu suci.jdi,sblm kita nk belajar, sucikanlah hati kita supaya ilmu tu sng nak masuk+kita pon rasa tenang.."
thanks ^^

org pakai spek: ahmad anaz sakhawi
nama panggil: anaz
ni pon prs jgk
cg.faizah selalu sebut nama dia sbb satu peristiwa masa form 3 dulu
dia ni salah sorg yg 5 thn sekelas ngn ak,cipa,paa n mat

last one: zaifurin
nickname: jebo
ni la ore lamo kito.hehe
bdk2 ni ckp dia ada senyuman manis ^^
skrg tgh buat A-level dkt GMI.








oranje




ni la kelas yang paling saya sayang.


terima kasih buat segala-galanya yang kita cipta di sekolah dulu
terima ksih sebab sedarkan saya
terima kasih kerana jadi kawan terbaik saya
maaf andai tersalah kata,tersilap bicara.
moga persahabatan ini berkekalan dan insyaAllah friends till jannah
uhibukkifillah.
amin.


credit to syifa ^^