Pages

09 November 2014

Cerita kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم 



Lama bebenor tak bukak blog ni since last post.
Biasa la, alasan cliche (malas nak mention)

Baru je masuk posting orthopaedic since last week.
And along last three postings, i've been thinking about what actually my intention taking this course. mihmihmih
Tak kisah la orang nak kata aku ni slow ke sebab baru sekarang nak realize what the risks i'm taking.

Sometimes, i think i am better to be a cleaner, lagi aman hidup aku.
Tapi si kawan aku ni pulak cakap they also are having their problems, just kita tak tahu.
Yeah, i've to agree with that statement btw.

Kadang-kadang ada jgk terfikir, adakah sebab aku ni jenis pendiam tak banyak cakap, that's why aku rasa macam tak sesuai pulak nak bekerja dalam bidang ni.
Tapi kalau tengok orang yg dah berjaya, tak semestinya being an introvert or extrovert tu jadi reference point utk berjaya.
So, maybe it's me being so inferior.

Life.
Semakin dewasa, makin banyak tanggungjawab & amanah nak kena tanggung.
And pernah jugak sometimes macam rasa tak adil je life ni.
Sebab bila jumpa some patients dekat wad tu, ada macam2 cerita.
Ada yang duk cerita anak-anak dia tak berapa nak jadi orang, ada yang lagi susah : he/she got lots of complications and also doesn't have enough money for the treatment.

Entah.
Could be one of the ways Allah nak uji orang tu and salah satu cara Dia nak naikkan darjat orang tu, mungkin kalau bukan dekat dunia, dekat akhirat sana.
Allah Yang Maha Adil btw :)

*****

One day i've reading a blog.
"Remember, IMPRESS THEM" *quoted from the blog.

Kalau dalam hidup ni, nak dapat gaji banyak pun kena impress orang atas, apatah lagi antara kita dgn Tuhan.
Nak masuk syurga Dia, mestilah nak kena impress Him banyak-banyak rite? Eventhough Dia tahu je apa intention kita without us ourself saying the words.

Again. Life.
Semua benda nak kena impress baru nak dapat naik gaji, naik pangkat, naik segala-galanya lah.
Semua benda nak kena tunjuk kita konon interested and sanggup buat apa saja (being hipocrite in simpler word), padahal takde hati langsung.

Hmphh.
Entah la dunia sekarang. apa nak jadi tah.

Let's try not to be a hypocrite person.
Just be yourself.
Honest.

13 May 2014

Of prejudice and..

Oihh.
Lama dah tak singgah sini.
Malas satu hal, study satu hal, takde idea satu hal. jadinya, berhabuk lah ia.
Errghh..

I learnt something this week.

"Kematangan tak diukur berdasarkan usia atau umur, tapi kematangan dicapai melalui pengalaman."

This is from my own observation.

Betul.

It happens in reality world.

Nak dijadikan cerita, last weekend, attend satu event dekat utara. Biasa lah, when you go to somewhere else that you've never been before, you'll meet varieties of people, even kat tempat sendiri pun tak habis khatam lagi fi'il sorang-sorang -.-

Then, ada someone nih, eh, rasa nya bukan dia sorang, a few of them..mostly bila borak-borak, everything comes out from their mouth. ada tu sharing all the experiences that they've going through, ada  tu sharing all the philosophy that they knew, and sometimes i thought that this budak nak jadi doctor phil ke? tapi tak ambik pun course berkaitan? Musykil -.-

Bila tanya umur, uihh lagi muda. ohmaii. cakap dah macam orang yang dah 26 above. full of experiences and falsafah. bukan falsafah cikai-cikai, tapi yang membuatkan otak mengiakan.

Anyway, that's it.
kadang-kadang kita ni terlalu prejudis, skeptikal terhadap orang-orang di sekeliling kita.
kita ingat dia macam tu, macam ni..tapi sebenarnya dia macam gini.
and those people are destinied to fulfill our weakness. dengan adanya orang-orang macam ni, membuatkan kita sentiasa muhasabah diri sendiri.
What have we done to make sure that we're in the right track of life? what've we done to improve our life?
Everything and beyond.

Tak salah untuk mingle dengan someone yang lebih muda daripada kita sebab untuk belajar and improve diri, Allah never told that we've to learn from the older people only.
Try not to be a prejudice or sceptical or whatsoever.
Because human are created to fulfill each weakness.
Reality bites.

Lots more to come.
Masa je tak meng-ijinkan T_T

05 January 2014

AlKautsar

بسم الله الرحمن الرحيم 



Daripada Aishah r.a berkata: ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian. Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. 
[HR Bukhari]


Al-Kautsar.
Telaga Kautsar. Nikmat yang sangat banyak.

Dalam tafsir surah Al-Kautsar, Allah SWT meyakinkan Nabi Muhammad SAW bahawa segala nikmat yang baginda perolehi datangnya daripada Dia, bukan daripada pak cik baginda atau sesiapa. Pada ketika itu, Nabi Muhammad SAW berasa sangat sedih apabila anak lelaki baginda, Qasim, meninggal dunia dan pada masa yang sama, bapa saudara baginda sendiri, Abu Lahab, mengejek baginda kerana tiadanya anak lelaki yang akan mewarisi nama baginda.

Apa kaitan nya dengan hadis di atas?

Ehem. Betulkan duduk anda. Mari kita mengembara.

Nabi Muhammad SAW telah dikurniakan bermacam-macam nikmat oleh Allah SWT, antaranya kenabian baginda itu sendiri, isteri-isteri baginda, Al-Quran etc.
Daripada asbabun nuzul surah ini, apabila baginda bersedih dengan segala benda yang berlaku, Allah mengingatkan kembali baginda dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan. Back to Him. Melalui apa? Melalui solat.

Sesungguhnya, setiap inci peristiwa yang dirakamkan di dalam Al-Quran itu juga bermanfaat untuk kita. Kerana apa? Kerana Al-Quran itu bukanlah applicable semasa adanya Rasulullah SAW dan para sahabat sahaja, tetapi juga bagi kita. Atas sebab itulah, Allah telah menjaga Al-Quran sampai sekarang.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.
[Al-Hijr:9]

Jom..
Pandang ke atas, dan lihat langit yang kebiruan..
Pandang ke sekitar kita, dan lihat pokok-pokok yang ditiup angin..
Pandang ke laut, yang luasnya sesayup mata yang memandang..
Rasakanlah..angin yang meniup lembut..
Rasakanlah..oksigen yang sedang kita hirup..
Kedamaian yang terselit di dalam hati..

Rasailah..semua kenikmatan yang kita sedang gunakan.

Apa signifikannya nikmat-nikmat ini kepada kita?
Kenapa Allah memberi kita peluang merasai kenikmatan-kenikmatan ini?

Kerana..Allah sangat Mercy kepada semua makhluk-makhluknya. Ar-Rahman Allah, tiada yang mampu menandingi. Kerana Ar-Rahman Allah itu diberi kepada semua makhluk-Nya tidak kira lah yang muslim atau not-yet-muslim.

Kalau nak dikira, rasa macam malu pun ada, bila kita menggunakan segala kenikmatan ni tapi kita sikit sangat bersyukur. Kita kira, semua yang berada di sekeliling kita bukanlah satu nikmat kerana semua orang dapat. Dah macam ritual. Bila kita survive, keluar daripada perut ibu, kita akan mendapat oksigen secara free of charge.
Itulah manusia. Yang sering alpa. Bila Allah tarik sikit, baru lah kita nak sedar nikmat yang sebelum ni kita gunakan tanpa rasa bersyukur, tanpa rasa malu kepada Dia.

Tapi..berbeza bagi kekasih Allah yang satu itu, Rasulullah SAW. Eventhough baginda dah konfem-konfem masuk syurga, tapi baginda still solat, solat yang bukan biasa-biasa, tapi sampai bengkak-bengkak kaki baginda. Allahu. Nanges T_T
Tak malukah kita dengan baginda??
*Pengsan

Jadi, solat sebenarnya bukan sekadar ibadah. 
Solat ialah manifestasi syukur kita kepada Yang Maha Penyayang, atas kurniaan nikmat-nikmat-Nya kepada kita. 
Itu yang sepatutnya.

Jadi, tak sepatutnya solat kita seperti ayam patuk padi, atau seumpama dengannya.
Rasai, dalam solat kita bahawa kita sedang bercakap dengan Dia. 
Juga, kembalikan rasa syukur kita kepada Dia dengan mentaati segala yang telah diperintahkan, dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mari.
Kita hidupkan sunnah-sunnah baginda. Tetibe.
*post-TOF

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak.
Maka, laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).
Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).
[Al-Kausar:1-3]


01 January 2014

Resolusi Tahun Baru.

بسم الله الرحمن الرحيم 



01012014.

Ahlan Wasahlan 2014.

*****

Selamat Tahun Baru 2014.

Semakin bertambah usia, semakin dekat juga dengan kematian.
Kita di dunia ni bukan untuk selama-lamanya.

Kalau dekat sekolah dulu, masuk je hari first, teacher dah suruh buat esei pasai resolution tahun baru. Dan macam-macam lah yang keluar.
Nak jadi tu..nak jadi macam ni..nak dapat sepuloh A+ strett..
Tak kurang jugak yang nak beli itu..beli ini..
Teringat dulu, pernah nak panjat tangki air kat sekolah sebelum habis sekolah. Wahaha =.=
Itu salah satu resolution budak form 5 sekolah asrama dekat pengkalan chepa tuh.

Bila cakap pasal azam tahun baru, azam tahun lepas dah settle ke?

Headshot o.o

*****

Bila fikir-fikir balik, boleh kata sembilan puloh sembilan poin sembilan sembilan peratus rakyat Malaysia teruja eksaitedd buat countdown tahun baru.

Tahun baru MASIHI.

How about Tahun baru HIJRAH?

Kadang-kadang ada je yang tak ingat pun tarikh dalam kalendar hijrah.
Bukan nak kata orang lain, diri sendiri pun lima kali lima jugak =.=

Itulah salah satu daripada kesan-kesan kejatuhan khalifah 90 tahun yang lalu.

Ohh! dah 90 tahun berlalu +.+

Penggunaan kalendar hijrah ditukar kepada kalendar masihi dan cuti dalam sistem  hijrah juga ditukar, supaya generasi akan datang tidak akan tahu malah takde satu idea pun apa benda tahun hijrah tu.
Pemikiran dan hidup kita telah didoktrin dengan cara barat.

Kerana apa? kerana mereka tak mahu kita mengamalkan islam dalam kehidupan kita dan mereka tidak mahu kegemilangan islam dikembalikan sepertimana semasa pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin, era Bani Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.

Kerana apa? kerana mereka ingin islam dihancurkan!
Dan itulah yang sedang berlaku sekarang!

Umat islam ditindas, diseksa, dibunuh sesuka hati.

Apa yang sedang berlaku sekarang di bumi Palestin, Syria, Mesir, Burma, Thailand..dan di Malaysia sendiri, bukanlah kerana hukuman Allah terhadap saudara-saudara kita, tetapi kerana kesalahan kita!

Kerana kita tidak berhak memperoleh rahmat-Nya. Kerana kita tidak patuh terhadap apa yang Allah gariskan di dalam Al-Quran, walaupun kita mengaku bahawa kitalah golongan muslim itu.

*****

Last time you check, are you JUST a muslim or a PRACTISING muslim?

Sila check diri masing-masing.

Moga tahun baru ini memberi kita satu azam baru yang kaan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Juga, untuk menjadi seorang muslim yang bukan hanya pada nama atau kad pengenalan, tapi seorang muslim yang mempraktikkan islam dalam kehidupan nya.

InsyaAllah.


Allahu. Apa kita nak jawab dengan Allah nanti? :'(



O ye who believe! Enter into Islam whole heartedly; and follow not the footsteps of the Satan for he is to you an avowed enemy.
[Al-Baqarah, 2:208]