Pages

17 April 2013

Lemahnya Manusia.

بسم الله الرحمن الرحيم 

salam alaik dan صباح الخير

Haa. saya pun belajar arab sikit-sikit masa sekolah dulu.
Sila jangan gelak :P

Mari kita mengucapkan syukur dahulu.
Alhamdulillah.
Atas nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita semalam dan bersyukur kerana kita masih diberi peluang bernafas di atas muka bumi ini dan masih berpeluang bertaubat, menebus dosa-dosa kita.

*****
Banyak benda saya belajar daripada exam lepas. Macam-macam. Terutamanya pergantungan kepada Allah SWT. Dan memang benar, apabila kita berada dalam situasi yang sukar, yang sempit, kita akan dapat melihat dengan jelas siapa kita sebenarnya. Adakah cuma seorang pelajar, seorang muslim atau seorang muslim yang betul-betul percaya kepada Penciptanya.

Seorang kawan saya ada berkongsi tentang lemahnya kita sebagai manusia. Ya ya, kita memang dah tahu yang kita memenag lemah, tapi tahukah setakat mana lemahnya kita? Adakah kita cuma lemah apabila tidak dapat menyelamatkan nyawa seorang pesakit? Atau kita cuma lemah apabila tidak mendapat keputusan yang baik semasa exam? 

Jawapannya TIDAK sama sekali.

Sebenarnya, kita manusia sangat-sangat lemah.
Tahu kenapa?
Kerana setiap apa yang kita lakukan adalah disandarkan kepada kasih sayang Allah, rahmat daripada Allah semata-mata. Apakah kita fikir bahawa jika kita lulus exam, itu adalah daripada usaha kita semata? TIDAK. TIDAK. Ada kuasa yang lebih besar daripada itu yang memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada kita agar kita lulus dengan cemerlang dalam exam. Itulah dia kasih syang Allah SWT kepada hamba-hambaNya. 

"Dan Tuhanmu Maha Pengampun, memiliki kasih sayang..."
[Al-Kahf:58]


Ia sangat membuka mata. seluas-luasnya. kalah kott mata panda. wahaha.

Contoh terdekat dalam hidup ialah kita sebagai pelajar.
Nak start belajar, kita mintak Allah menerangi hati kita supaya apa yang kita baca tu masuk dalam hati, kepala supaya kita mudah mengingat. Bila dah selesai belajar, kita mintak pulak dekat Allah supaya apa yang kita baca tadi kita dapat ingat. Dan bila exam, kita mintak lagi dekat Allah supaya apa yang kita belajar selama ni dapat kita aplikasikan balik.

Haa. nampak?
Sebenarnya semua ni terjadi atas kash sayang Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Dia tahu bahawa kita ni sangat-sangat lemah. Yela, mesti la Dia tahu. Dia kan Pencipta kita yang Maha Mengetahui. Malah, Dia lebih tahu tentang diri kita daripada kita sendiri.

Tapi..apa akan jadi, kalau Allah SWT tak melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya kepada kita?
Mampukah kita terus kuat apabila kita gagal dalam exam? Mampukah kita mengatasi stress masa dekat-dekat exam? Mampukah kita?

TIDAK.
Pasti kita tidak mampu.

Maka, janganlah kita jauh daripada-Nya. Janganlah kita melakukan apa yang dilarang oleh-Nya. Takut-takut nanti Allah dah taknak pandang kita lagi.

"Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk(Nya). Di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
[Ar-Rahman:10-13]

*****

Letakkanlah pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT. InsyaAllah kita takkan pernah sekali-kali akan kechiwa berbanding jika kita meletakkan harapan kita kepada manusia.

Allah takkan mensia-siakan hamba-Nya yang berharap pada-Nya. Pasti!




Senyum lebar.

No comments:

Post a Comment