Pages

21 August 2012

Aidilfitri.

Assalamualaikum wbt.

dah masuk hari ketiga nampaknya raya.tak terlambat lagi kan?
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua umat islam di seluruh dunia.
ampun dan maaf dipinta sekiranya ada tersilap kata,terkasar bahasa,terguris hati dgn kata2 sepanjang mengenali diri ini.

bulan ramadan dah pun meninggalkan kita dgn jejak2nya *err..terasa mcm sasterawan negara pulak -.-*
sudahkah kita bersedia dgn bekalan utk menghadapi 11 bulan yang mendatang nanti?
pertanyaan ini pon ditujukan utk diri sendiri jugak.ahaks :)
rasa ramadan yang baru je kita tinggalkan ni mcm kosong.
empty org putis kate.hehe
rasa mcm xada ap2 yang mengisi hati ni.hai,entahla.
takut sebenarnya nak menghadapi 11 bulan yang mendatang ni.
mcm mane ye?
-.-

ok.jom dgr kisah ni.
hari raya.
kalau zaman Nabi Muhammad S.A.W+zaman sahabat2 dulu,raya ni adalah hari kemenangan.
kemenangan kerana berjaya menumpaskan musuh2 islam.
kemenangan di mana wilayah2 baru dibuka.
kemenangan yang mana mereka berkorban jiwa dan raga utk mempertahankan islam,agama tercinta.
kalau kita hayati,kebanyakan perang yang berlaku semasa zaman kegemilangan islam dahulu adalah dalam bulan ramadan.
sebab tu la syawal ditakrifkan sbg hari kemenangan.umat islam menyambut kemenangan dalam bulan syawal slps puasa.
menarik kan?
kalau kita baca sejarah2 islam dahulu,digambarkan tentera2 islam bagaikan "singa di siang hari dan abid di malam hari"
hebat sungguh mereka.
walaupun dalam bulan ramadan tetapi tak menjadikan mereka lemah.
cthnya perang Badar,perang Khandak,perang Tabuk dan pembukaan Kota Mekah.

kita pula?

fikir pasal nak makan apa berbuka,fikir pasal letih la..mcm2. *terasa.hehe*
maybe kita boleh jadikan peristiwa ni sbg pengajaran.
kita try perbaiki diri,sekurang2 nya utk tahu sejarah2 islam.
sebenarnya interesting cerita2 sejarak kita ni.

p/s:mari hayati sejarah2 islam ^^