Pages

16 April 2013

Tanda Chenta Daripada-Nya :)

بسم الله الرحمن الرحيم 

salam alaik :)

second post for the same day. eheh.

Aha. second post. masa nak exam bukan main lagi, 24 hours pun tak cukup nak revise itu ini. haih.
Ujian.
Dua nikmat yg selalu manusia tertipu: masa lapanng dan sihat.
Allahu.
;(

*****
Ujian.
Yeah. Bukan senang nak melepasi ujian.
Eh. ni bukan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ye.*gelakkeji*

Ehem. betulkan peti suara.

Manusia selalu menyangka bahawa hanya ujian itu cuma rasa susah.
Walhal, kesenangan itu adalah ujian yang lebih berat.
Sekurang-kurangnya apabila kita merasa susah, kita akan dengan sendirinya mengadu, memohon dengan Allah SWT.
Akan tetapi, bila Allah berikan ujian kesenangan kepada kita, jarang yang pergi kepada Allah.
Ya, maksud saya disini bukannya 'pergi kepada Allah' tu untuk menyalahkan Allah kenapa kita senang, bukan.
Maksud disini ialah ingat kepada Allah dikala kita senang.

Tak ramai yang mampu melakukan perkara tersebut.
Untuk bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh-Nya.
Saya punn tak terkecuali.

Contohnya, bila exam semakin dekat, disaat itu kita takkan pernah lupakan Allah.
Dengan sunat rawatibnya, sunat hajat, sunat dhuha, qiam tak usah dikira, terjaga je mata drpd tertido depan laptop, terus ambik wuduk, qiam.
Solat 5 waktu pulak tak pernahnya di akhir waktu, mesti masuk azan terus je solat.
Yela, nanti tak berkat.
Dengan puasa sunat isnin khamis tak pernah tinggal. Kalau boleh seminggu puasa sunat, seminggu jugak la puasa. Perghh.
Kalau jiran sebelah rumah tengok masa tu, sure dia akan kata sejuk perut mak hang mengandung dekat hang. kembang kempis la weh hidung. eheh.

Dan bila kaki menjejak masuk exam hall, terkumat-kamit haa baca al-fatihah, doa penerang hati semua, mintak dibukakan hati dan dipermudahkan menjawab soalan.
Dan tup..tup..exam habis. Sambil tunggu result pun tak pernah berhenti mintak dengan Allah.

Tapii, balik kampung je, tido tak ingat dunia, sampai solat lima waktu ke mana, rawatib ke mana, puasa sunat ke mana.
Pagi bangun pukul 7, dah subuh gajah kat situ. lepas tu sambung tengok movie la, tv la, main game la, tetiba dah azan asar. Eh, zohor dah lepas eh? Errr.
Tafsir pulak aman damai je duduk dalam beg, dah tak keluar2 lepas sampai rumah.
Allahu.

*****
Kenapa kita hanya mengingati, mendekati Allah SWT hanya apabila kita merasa susah, apabila kita rasa sempit sahaja?
Kenapa apabila kita sudah terlepas daripada kesusahan dan kesempitan tu, kita kembali pula kepada aktiviti kita yang dulu, yang jauh daripada Allah?

Kenapa?

"Ala, kita kan manusia. Biasa la tuu, manusia mudah lupa. Maksud manusia tu sendiri dalam Bahasa Arab ialah pelupa."

Err.
Tergigit lidah.

Baiklah.
Ehem.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi SAW bersabda:
"Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang.
                                                                                                               [HR Bukhari]

Eh. Jangan tergigit lidah pulak ye.

Dan apabila kita bergerak diatas gerabak dakwah&tarbiyah ini, sebenarnya tiada istilah berehat sebenarnya kerana berehat yang sebenar rehat ialah di syurga kelak, insyaAllah.
Di bumi ini ialah tempat persinggahan sementara kita sahaja sementara kita menanti 'dipanggil' kembali oleh Sang Pencipta.
Disini lah kita nak usaha habis-habisan hingga ke kemuncak usaha kita, all out bak kata orang putih. Dan 'disana' nanti, kita akan menuai kembali apa yang kita tanam disini. 

Dan dikala kita diuji dengan kesusahan, ingatlah bahawa Allah sebenarnya ingin melihat sejauh mana keimanan dan kepercayaan hamba-hambaNya terhadap-Nya. FirmanNya:

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
  [Al-Ankabut:2]

Dan apabila anda berasa senang, tenang, tiada kesusahan, bersyukurlah kepada Allah. Sesungguhnya setiap kesenangan itu datangnya daripada Dia dan akan kembali padaNya.

Dan..BERSANGKA BAIK lah dengan Dia. Dia pasti mengetahui yang terbaik buat kita dan Dia mengetahui apa yang kita perlukan, daripada apa yang kita inginkan.

Senyum.

Say ALHAMDULILLAH :)


No comments:

Post a Comment