Pages

13 May 2013

Adakah lagi masa?

بسم الله الرحمن الرحيم 


Tiap-tiap hari segala persoalan ni akan bergayutan dalam fikiran.

"How will it be, kalau Izrail datang cabut nyawa like right now??"

"Apa aku nak jawab dengan malaikat mungkar dan nakir??"

"Amalan apa yang boleh bawak aku ke syurga??"

"Allah terima ke semua amalan aku selama ni??"

Pernah terbaca something, dekat mana dah lupa.
Ohh ya, dengar daripada radio ikim, masa on the way ke kolej..
Tapi,,lupa either ustaz atau ustazah yang bagi tazkirah pagi tu.
Katanya:

"Alangkah ruginya aku buat sikit je amalan masa dekat dunia dulu. Kalau aku perbanyakkan amalan sunat, maybe aku dapat duduk dalam syurga yang lebih tinggi."

"Alangkah ruginya aku tak buat apa yang Allah suruh masa dekat dunia dulu. Kalau tak, mesti aku dapat masuk syurga."

Sedangkan ahli syurga pun mengeluh kerana masa dekat dunia tak perbanyakkan amalan, apatah lagi aku??

Kadang-kadang rasa meluap-luap je nak buat tu, buat ni, tapi bila nak buat tu, mula la rasa malas la, tangguh dulu la. Allahu :'(

Himmah pun dah mula hilang, pudar.

*****
Aku teringin untuk berada di antara ahli-ahli syurga-Mu.
Bantu lah aku. 
Tunjukkan aku jalan-Mu yang lurus Ya Rabb. 

10 May 2013

Kod Allah [3:146]

بسم الله الرحمن الرحيم 




Kadang-kadang Allah nak bagi kita paham something tu, Dia akan ilhamkan kepada orang lain.

Tahu kenapa?

Sebab there are 1001 cara Allah SWT boleh bagi hidayah kepada hamba-hamba-Nya.

Senyum.

*****

Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.

[Al-Imran, 3:146]


Ayat ni sebenarnya sangat menarik. Yela, kalau bagi dekat orang macam cheq yang susah nak paham bahasa tersurat tersirat nih memang main tengok sekali lalu aje. Tapi, ayat-ayat quran nih, kalau kita belajar bahasa arab lagi mudah nak paham sebenarnya dan lagi mudah tacing, masuk meresap dalam hati.

Okeyyhh. Mari lah kita. Sape-sape yang ada tafsir, sila bukak tafsir anda, surah ketiga, ayat seratus empat puluh enam.

Satu.

Try tengok lepas ayat "Waka ayyin min nabiyyin qotala ma'ahu" nih, ada perkataan apa?

'Ribbiyyuna' kan?

Okey. 'Ribbiyyuna' punye rootword ialah 'Rab' kan kan?

Rab= didik atau orang yang ditarbiyyah.

Jadi, kita try masukkan maksud tu dalam ayat tadi. Dia akan jadi: 
"Dan daripada nabi2 yang berperang, banyak yang ada bersama mereka orang-orang yang ditarbiyyah"

Dua.

Tengok pulak ayat "Fama wahanu"
Dalam ayat tu ada perkataan Wahan

Wahan. 

Mesti pernah dengar punye kan? Dalam lagu Ababil yang Raihan nyanyi, dia ada emphasize-kan maksud Wahan tu. Wahan tu bermaksud cinta dunia dan takut mati.

Okeyy. Buat macam tadi jugak, masukkan dalam ayat dalam translation tafsir tadi:
"Mereka tidak berpaling pada dunia dan tidak takutkan mati apabila ditimpa musibah di jalan Allah"

Jangan tutup lagi tafsir di tangan, ada lagi ayat seterusnya.

Tiga.

"Wama dho'ufu"

Dho'ufu punye rootword pulak ialah Dhai'f. Eh. dhai'f dalam konteks sekarang nih bukan hidup yang susah payah. Kita pakai maksud lemah bagi ayat ni, sebagaimana dalam ayat tu bawa maksud:
"Mereka tidak berasa lemah (ganti kepada patah semangat)"

Empat.

"Wamastakanu". Okey. Sila cari perkataan istakanu yang mengambil kata dasar sukun.
Jangan pulak disamakan sukun yang ni dengan buah sukun goreng sudah lah *.*

Sukun ni sama maksud dia dengan hukum tajwid tu, mad 'arid lil sukun, yang mana bermaksud mati atau tak bergerak.


Jadi, apabila kita dah dapat sikit-sikit maksud sebenar perkataan-perkataan dalam ayat seratus empat puluh enam diatas, tahulah kita bahawa sebenarnya yang Allah SWT nak emphasize-kan sebenarnya tentang Ciri-ciri Orang Yang Ditarbiyyah.

1. Tiada wahan dalam hati
2. Tidak merasa lemah atau patah semangat
3. Tidak statik

Kalau ikot kan pikiran logik kita, tiga mende nih nampak macam berkaitan je kan?

Dekat sini, meh kita pakat sediakan highlighter stabilo untuk highlightkan dua karakteristik yang bawah tu.

Orang-orang yang ditarbiyyah ni, tak kira lah masa tengah sedar-mata-terbukak-luas ataupun tengah dalam minda bawah sedar ke tak sedar langsung ke, kena jugak-jugak untuk halau-tepis perasaan lemah atau patah semangat tu jauh-jauh.

Ye, kita memang makhluk Dia yang lemah, tapi takkan selama-lamanya nak duk dekat takuk lemah tu sepanjang masa kan?

So, sebab tu Allah SWT bagi yang ketiga tu, tidak statik, tidak pegun, dan sentiasa bergerak. Orang yang dapat 'didikan' takkan duduk diam apabila rasa malas, lemah tu mula nak bersarang dalam diri dia. Dia akan cari jugak jalan untuk keluar dan bergerak mencari himmah yang dah mula rasa nak hilang macam inche pelangi-lepas-hujan tu.
Dan..dia akan usaha untuk tukarkan himmah kepada hamasah.

Eh eh, bukan Hamasah Asy-Syabab tu. LOL.

Hamasah ni pulak sebenarnya tak sama dengan himmah. Himmah ni ialah semangat yang bersifat sementara, tak kekal. Contohnya lepas pergi Daurah Ini Sumpah Kool, kita rasa bersemangat-waja-berkobar-kobar je nak bertukar daripada robot jadi power rangers pink. Heh.
Dan..hamasah ni pulak non-stop punye semangat buat para abid dan khalifah yang merasakan diri dia tu perlukan dakwah dan juga tarbiyyah.

Jadi, marilah kita keluar daripada comfort zone tu. Yang akan menarik kita daripada berusaha bekerja untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini.

JOM!

02 May 2013

Random Thoughts.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sometimes you feel like hoping your life will be as same as the novels but you know it will never happen.

And hoping one day, you will meet someone that will understand you, accept you with all your qualities within.

Random thought.

*****
There will be at one time, you just don't feeling like belong to them, you will feel so far from them. 

And when you put all your trust to them but when they didn't act like what you hope for, you will be sad and frustrating. 

It's just clear that putting your hope to human will just keep you frustrating BUT it will be different when you believe Allah and trust Him.

Random. Again.