Pages

29 April 2013

Ruang Nan Kosong.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam alaik.

Agak lama tak menulis disini. Banyak sebenarnya yang berlegar-legar dalam kepala hotak nih tapi entah lah. Main tangguh-tangguh, tunggu nak ada idea, last-last dah tak ingat. huu.

Being someone yang dah faham dengan apa tujuan kita dihidupkan atas bumi ni, sebenarnya bukan senang nak istiqamah untuk keep on going buat benda yang dulu kita tak pernah buat, espeseli bila kita sorang-sorang, bila orang-orang yang sama fikrah dengan kita takde dengan kita. Senang cherita, biah solehah yang selalu kita ada dalam circle tu takde dekat tempat kita sekarang. Mende ni jadi espeseli bila cuti dan kita dekat rumah. 

Solat lima waktu tu memang la kita takkan tinggal, tapi nak istiqamah tafsir plus tadabbur al-quran tiap-tiap hari kadang-kadang tak terbuat. Then, kita bagi alasan dekat diri sendiri, tipu diri sendiri perkataan mudahnya.

"Alamak, lupa la nak tafsir plus tadabbur lepas solat tadi."

"Lepas maghrib ni aku cater balik la yang lupa nak tadabbur petang tadi."

Tapi, last-last lepas maghrib tu tafsir ke mana, tadabbur ke mana. Err.
Tu baru bab tafsir dan tadabbur, yang lain-lain dalam mutabaah amal amacam? mathurat, puasa sunat, riadah..bla..bla..memang tolak tepi la jawapnya. Haih.

Dan bila kita tak buat semua tu, mula lah bosan tak tentu pasal, mula lah jadi macam cacing kepanasan, tak senang duduk. Tambah pulak kalau kes anak bongsu yang kakak dan abang semua jenis kerja jauh-jauh. Alahai.

Dan, sebenarnya pada waktu tu, bila kita mula meninggalkan apa yang kita selalu buat, tanpa penambah perisa kepada akiviti-aktiviti harian kita, hati kita akan rasa kosong. At one time, kita akan rasa ohoii, apa aku nak buat nih? pehal hati rasa macam lompong, compang-camping je nih?

Nak tahu kenapa?

Kerana hakikatnya ruang kosong tu memang ada dalam hati kita. Tapi, once bila kita isi dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT, ruang kosong tu akan terisi, lompong yang kita rasakan tu seakan ditutup. Ia sepatutnya diisi dengan ketaatan, kepatuhan dan pergantungan kepada-Nya.

Dan kerana ruang kosong itu sebenarnya KHAS untuk Allah SWT.

*****
Ya, hati saya juga merasakan sedemikian. Kosong. Kerana tak diisi dengan apa yang sepatutnya.

Tapi, Allah tu Maha Berkuasa. Dia yang menunjukkan apa sebabnya perasaaan sedemikian timbul. 

Tiba-tiba tadi terbukak Bab 3 dalam 'Untuk Kita Pendosa'.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dalam Islam tiada perkataan KEBETULAN.

Senyum.

Terima kasih Allah :)




(yaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.
[Ar-Ra'd: 28]

No comments:

Post a Comment