Pages

11 April 2013

Kemenangan itu milik kita.

بسم الله الرحمن الرحيم 

salam alaik :)

1 April 2013.

InsyaAllah tujuh hari lagi, kami, pelajar2 tahun pertama perubatan, UniKL-RCMP akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun Satu.

bbrrrr.

cuak.
peluh.

*****

Wahai Nabi(Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang(yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.
                                                                                                                       [8:65]
   
Subhanallah :)

Apa definisi mukmin ye?
Mukmin bermaksud orang Islam yang meyakini dengan hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan anggota.
Atau dengan erti kata lain, orang Islam yang benar2 beriman dengan Allah SWT.

Dan..
Teliti betul2. Allah sedang mengajar kita matematik. 
ye ye, matematik ni tak payah pakai mesin kira2 punn, takde formula punn. jangan risau. bagi yang bukan otak kira2 macam saya. eheh ;)

20 orang mukmin yang sabar = 200 orang musuh
Ratio yang akan kita dapati disini ialah 1:10.
Maksudnya kekuatan orang mukmin yang sabar ialah 10 kali ganda daripada kekuatan musuh.
Itu kalau kita tiada kelemahan atau limitation.
Limitation yang boleh dijadikan contoh disini ialah, kita demam masa nak exam atau tetiba masa nak exam ada daurah best pulak. *err. boleh ke pakai contoh macam tu? -.-

Analogi mudah bagi ayat ni ialah antara Siti dan Mei Ling *random pick*
Siti memperuntukkan masa selama 10 minit untuk memahami satu topik dalam Biologi contohnya. Tapi, bagi Mei Ling, dia memerlukan 1 jam 40 minit untuk digest satu topik yang sama dibaca oleh Siti.

Dalam situasi ni, Siti mempunyai kelebihan 10 kali ganda daripada Mei Ling.
Senang cerita, ratio Mei Ling:Siti ialah 1:10
Itulah mesej tersirat daripada Allah SWT dalam ayat (8:65) diatas :)

Maknanya, kita, orang mukmin, telah dijanjikan oleh Allah bahawa kita akan menang, jika hendak dibandingkan dengan orang yang bukan Islam atau musuh Islam.
Dengan syarat, kita mestilah menjadi seorang mukmin dahulu.
Allah dah janji kepada kita. Ingat! Janji Allah bukan janji picisan :)

*****
Masih bersemangat?
Ayuh, kita teruskan dengan ayat 66 pula, sambil-sambil cecah biskut tawar dengan teh O panas.
LOL. hambar -.-

Sekarang Allah telah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahawa ada kelemahan padamu. Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus(orang musuh); dan jika di antara kamu ada seribu orang(yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar.
                                                                                                                        [8:66]


Oke.
Cuba teliti ayat tu betoi2.
Allah cakap, "..bahawa ada kelemahan padamu". see. kalau seorang mukmin tu ada kelemahan pun, Allah swt still akan tolong. indeed, Dia akan ringankan pulak beban kita tu.
suhwitt kan Allah? ;)

100 orang yang sabar:200 orang musuh
1000 orang yang sabar:2000 orang

Ratio= 1:2

Bagi yang punya kelemahan, tentulah kita semua punya kelemahan bukan?,Allah cakap Dia akan tolong jugak tapi akan berkurang sikit la.
tapi, main pointnya, Allah akan tolong orang mukmin. percayalah. kalau taknak percaya pun kena percaya jugak sebab ni Allah sendiri yang cakap.

dan Allah beserta orang2 yang sabar.
nampak disitu, bahawa tingginya level orang yang sabar disisi Allah.

ada satu cerita sebenarnya pasal orang yang sabar ni. masa zaman Rasulullah SAW.
err. mungkin dalam post yang lain kott insyaAllah, karang tak lalu pulak nak baca panjang2. eheh =D

Jadi, point utama daripada kedua2 ayat diatas ialah, Allah SWT dah pun menjanjikan kemenangan kepada orang2 mukmin yang sabar dalam melakukan apa2 pun.
Janji Allah tu pasti.

*****
Post ini sebenarnya ditulis seminggu sebelum final exam.
tapi, tak sempat dihabiskan dalam jangka masa seminggu disebabkan kekangan2 masa. eheh.

Jadi, kuatlah wahai sahabat2.
Yakinlah, Allah akan memberi pertolongan dari arah yang tidak disangka-sangka.
Walau seteruk mana preparation kita untuk exam, walau kita tak tahu betol ke tak jawapan masa jawap soalan, walau apa saja yang kita rasakan mustahil utk terjadi, tapi sebenarnya ia sangatlah simple dan mudah bagi Allah SWT.
kerana, Dia lah Tuhan Yang Maha Besar, tiada yang lain.

Kalau kita tengok Perang Badar, orang Islam waktu tu sebenarnya taknak pun pi berperang dengan orang Quraisy Mekah. Tapi, Allah dah turunkan perintah untuk berperang. Dan, mereka menyahut seruan Allah tu walaupun tanpa kelengkapan perang yang cukup, kemahiran berperang pulak taklah sehebat orang Quraisy dan mereka berasa sangat takut. Tapi, oleh kerana kuatnya keimanan mereka tehadap Allah, mereka akhirnya memenangi perang tu.
Itulah rahsia kejayaan mereka.
Meletakkan Allah sebagai tujuan utama.

Kita?
Ouchhh. terbakar.

" Sesungguhnya Aku berada dalam sangkaan hamba-hambaKu."

Bersangka baik lah dengan Allah.
Bak kata ustazah NorLaila (kalau salah sila betulkan), Allah akan kurniakan kepada kita, apa yang kita fikirkan.
Ini ialah mainan psikilogi semata-mata.
Jadi, jangan jadi orang keladak, bak kata Dr.Muhaya.
Kita adalah apa yang kita fikirkan.

aman tanpa perang :)

p/s: alhamdulillah. final is over :)

No comments:

Post a Comment