Pages

16 April 2013

Pilihan Raya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam alaik :)



PRU-13 dah tak lama mana lagi dah.
Dah bersediakah anda2 yang cukup umur untuk mengundi?
Lagi empat hari penamaan calon.


*****
Keadaan dah bertukar.
Sebelum ni jalan2 lengang, tanpa bendera, tanpa poster2
Tapi, hari ini, dah tak nampak kaler lain dah, BIRU-HIJAU je. eheh.

Jadi,

Bagaimanakah ciri2 pemimpin yang akan kita pilih?

Yang bila tiba pilihanraya baru nak turun padang tengok anak buah?
Atau yang duk bersyarah pom pam pom pam tapi bila habis pilihanraya senyap sunyi lesuh selia?

Dan..
Bagaimana pula sikap kita?
Saling bergaduh antara parti2 yang berbeza?
Saling mengutuk?
Saling mengata antara satu sama lain?

Apa ni?

Inikah yang ingin ditinjukkan kepada anak2 muda?
Bahawa inilah yang harus dilakukan apabila tibanya pilihanraya? Begitu?

Ya, saya bukanlah seorang yang arif dalam isu ini.
Tapi, inilah yang saya dapat daripada pemerhatian saya.
Sedih.
Hanya perkataan itu yang mampu diungkapkan.

Macam mana negara nak maju sekiranya pemimpin sendiri yang korup, tidak menjalankan amanahnya dengan betul?
Menjadi pemimpin bukan sekadar memimpin negara dan rakyat, malah lebih daripada itu.

Pemimpin ialah seorang khalifah.

Langit, bumi dan gunung-ganang pun enggan memikul amanah ini kerana ia bukanlah calang-calang tanggungjawab. Tapi, manusia sanggup menerimanya.

Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.
                                                                                       [Al-Ahzab:72]

Menjadi pemimpin bukanlah satu tugas yang mudah. Ia sangat berat.
Nak kena pergi ISK dulu kott pemimpin2 ni. aha.

Maka, wahai pemimpin, jadilah pemimpin yang jujur dan amanah.
Jadilah pemimpin yang bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya.
Jadikanlah Rasulullah SAW dan para sahabatnya sebagai contoh teladan dalam menjalankan tanggungjawab.

Kerana, di hari kebangkitan kelak, anda2 akan ditanya apakah yang anda lakukan, sebagai pemimpin ketika masih hidup.
Saat itu, tiada siapa yang dapat membantu dan segala perbuatan anda akan terbongkar.

Semoga akan tiba satu hari nanti, seorang pemimpin yang akan menegakkan Islam di muka bumi ini dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
InsyaAllah.

*****
Oh ya, kita punn sebenarnya khalifah. [2:30]
Eheh :)

*aman tanpa perang* 

No comments:

Post a Comment