Pages

26 October 2012

duhai sahabat.

سم الله الرحمن الرحيم 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

sahabat, ini bingkisan buatmu. *tachycardia 


duhai sahabat
mungkin aku tidak pandai berkata-kata
mungkin aku tidak arif dalam menuturkan bait-bait puisi
mungkin juga aku bakal mengguris hatimu lagi dengan kata-kataku ini
namun
ketahuilah duhai sahabat
bingkisan ini lahir daripada hatiku yang paling dalam
bingkisan ini lahir apabila aku mula mengenal erti ukhuwah yang sebenar-benarnya

duhai sahabat
mungkin dulu aku terlalu mengagungkan keegoanku 
sehingga kau terluka
mungkin dulu aku terlalu memenangkan si iblis durjana itu 
sehingga kita berjauhan
mungkin dulu aku terlalu menutup hatiku buatmu
sehingga kita bermasam muka berbulan lamanya


duhai sahabat
aku tahu, diri ini selalu menyakitimu
aku tahu, diri ini selalu mengguris hatimu
aku juga tahu, diri ini banyak melukakanmu dengan tindak-tandukku 
namun
aku mohon duhai sahabat
ampunilah diri ku ini
ampunkan segala perbuatanku yang tidak menyenangkanmu
ampunkan segala kekhilafan diri ini 
ampunkan segala kekasaranku terhadapmu
amounkan segala keegoan ku
ampunkan ku duhai sahabat

duhai sahabat
aku sudah tidak sanggup bermasam muka denganmu
aku sudah tidak mampu hanya memandangmu dari kejauhan
aku sudah tidak ingin, cuma angin lalu apabila kita berselisih

duhai sahabat
aku tahu lukamu terlalu pedih
aku tahu lukamu terlalu dalam
aku juga tahu lukamu terlalu sukar untukku ubati 
namun
ku harap hatimu masih punya ruang untuk menyambut kemaafan dariku
ku harap ku masih punya peluang untuk menebus kekhilafanku terhadapmu

duhai sahabat
di hari yang mulia ini
aku menyusun sepuluh jari
maafkan ku duhai sahabat
maafkan segala kesalahanku terhadapmu
maafkan ku kerana membuatmu terluka
maafkan ku kerana meninggalkanmu tanpa sebaris kata
maafkan ku kerana tidak memberi peluang kepadamu untuk mendekatiku
maafkan ku kerana kekerasan hatiku hingga melukakanmu

maafkan ku duhai sahabat.


No comments:

Post a Comment