Pages

27 December 2012

Pilihan.

بسم الله الرحمن الرحيم 

status: inspired.


salam alaik.
huh. baru lepas tengok detective conan. nampak tak jiwa ribena still tak berubah -.-'
okeyy. stop di situ.

sejak semalam, banyak benda nak diluahkan tapi..entah. macam tatau nak tulis apa.
duk tulis, then masuk draf, then biar je macam tu. haha. awkward.
maybe, i should give a try today.
bismillah.

***

sejak dua tiga hari ni, selalu teringat dekat si..[tatau nak describe apa but i will call as 'n' only]
memang susah kan nak lupakan benda yang dah sebati dengan kita sejak tiga tahun lepas.
tapi, worth it kut sebab i feel much better today :)
saya mula kenal 'n' tiga tahun lepas. masa tu masih mencari identiti diri. eheh. ayat skema bahasa melayu *.*
tapi, betul la. masa tu still tak betul2 didedahkan dengan DnT yang saya kenal sekarang, walhal dah pegang title BADAR. aha, badar just pada nama. sama macam islam cuma pada IC. *sigh*
Allah.
rasa macam "biar betik aku dulu buat macam tu-.-..",
tak boleh nak diletak pada akal.

teringat pulak seorang murabbi pernah cakap,
"Allah akan uji apa yang kita cakap, one fine day".

masa tu, entah macam mana terpilih pulak jadi naqibah. naqibah yang bawak usrah junior form1 & form 2.
boleh kata dekat semua sbp ada badar, naqibah segala. tapi, maybe sebab tak mendapat guideline yang betul, so usrah untuk junior tu just untuk penuhkan masa lapang. biasa la, junior, masa untuk pembentukan sahsiah. *bak kata cg. azaman. eheh.

dan time tu, dekat sekolah banyak pulak couple2 yang muncul, tak kira la senior ke junior ke.
dan kononnya sebagai badar, kitorang la yang kena tegur junior2 ni.
nak dijadikan cherita, masa tu kenal pulak dengan si 'n' tu. dan dia mintak couple.
dan entah macam mana jugak, i accept him.
Allah.
rasa malu sangat. kita yang duk kata jangan couple, jangan couple last2 kita jugak yang buat mende tuh.
konon2 nak jadi couple islamik. nak jadi contoh dekat adek2 yang couple jugak. *konon.
padahal dah macam spotlight terang-tang-tang yang Allah dah bagi amaran dalam al-quran:

 “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
[17:32]

masa tu memag dah tau, couple tu haram.
tapi..tengok la. pandai aje inche syaitan-iblis nak indahkan apa yang kita nampak tak indah pon sebenarnya.
terperangkap dalam monolog diri sendiri kut. entah.
pernah sekali terpikir, "aku ni tak dapat stret A sebab couple ke?Allah tak redha ke ilmu yang aku dapat?"
tapi, masa tu yela, dibutakan dengan 'cinta' dia. kononnya. tak kesah dah.

bila masuk kolej, life teruk gila.
dengan study yang-entah-nape-teruk-tiap-kali-exam dan dengan si 'n' tu dah start tunjuk yang dia, bukanlah se-manis-gula yang disangka. haih.
dan dekat sana la jugak mula mengenal DnT. jzkk to 'ainaa :)
dia tunjukkan yang sebenarnya islam tu indah. islam tu sebenarnya ad-deen.
dan betul la, manusia akan mula tertarik dengan something bila mana kita nampak dengan mata sendiri contoh yang baik tu. Qudwah Hasanah.
dan semua QH tu, saya nampak drpd 'ainaa.

bila mula jadi student uni, kenal pulak dengan akak2 ohsem, akak2 Hadiqatul Jannah [HJ].
they are soo good to me. sangat supportive :)
dan hati ni, mula tertarik dengan apa yang dibawa HJ. mula timbul keinginan untuk menjadi super saiyya. *pinjamquoteAPG

dan bila nak meninggalkan sesuatu yang dah sebati dalam diri kita, memang bukan sesuatu yang mudah macam nak eja A-B-C ataupon semudah nak belajar menulis 1-2-3.
tapi, bila hati dah jumpa sesuatu yang indah, yang buat hati ni tenang, sape nak let go macam tu je kan?

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang..."
[13: 28]

dan benar lah,

"MUJAHADAH ITU MEMANG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS."

ini pilihan saya, anda bagaimana?
tak teringin ke nak jadi super ohsem, super saiyya kalau ikut kata inche gabbana, macam The Sahabah.

Kita ada dua pilihan, sama ada kita pilih jalan yang akan bawa kita ke arah Dia ataupun jalan yang bawa kita jauh daripada Dia. 
-kak azie-
ala-ala The Road Not Taken tu..

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)"
[90: 10] 



moga bermanfaat ^^.


#jzkk to raihanah,housemates,'ainaa,auni,ina 
kerana memberi kekuatan kpd  diri ini.

1 comment:

  1. GO IMAH ! <3

    atey sangat yakin dan pasti imah sangat kuat dan tabah and akan berjaya dalam mujahadah ini :)

    imah sangat special Allah beri ujian ni :')

    ReplyDelete