Pages

01 January 2014

Resolusi Tahun Baru.

بسم الله الرحمن الرحيم 



01012014.

Ahlan Wasahlan 2014.

*****

Selamat Tahun Baru 2014.

Semakin bertambah usia, semakin dekat juga dengan kematian.
Kita di dunia ni bukan untuk selama-lamanya.

Kalau dekat sekolah dulu, masuk je hari first, teacher dah suruh buat esei pasai resolution tahun baru. Dan macam-macam lah yang keluar.
Nak jadi tu..nak jadi macam ni..nak dapat sepuloh A+ strett..
Tak kurang jugak yang nak beli itu..beli ini..
Teringat dulu, pernah nak panjat tangki air kat sekolah sebelum habis sekolah. Wahaha =.=
Itu salah satu resolution budak form 5 sekolah asrama dekat pengkalan chepa tuh.

Bila cakap pasal azam tahun baru, azam tahun lepas dah settle ke?

Headshot o.o

*****

Bila fikir-fikir balik, boleh kata sembilan puloh sembilan poin sembilan sembilan peratus rakyat Malaysia teruja eksaitedd buat countdown tahun baru.

Tahun baru MASIHI.

How about Tahun baru HIJRAH?

Kadang-kadang ada je yang tak ingat pun tarikh dalam kalendar hijrah.
Bukan nak kata orang lain, diri sendiri pun lima kali lima jugak =.=

Itulah salah satu daripada kesan-kesan kejatuhan khalifah 90 tahun yang lalu.

Ohh! dah 90 tahun berlalu +.+

Penggunaan kalendar hijrah ditukar kepada kalendar masihi dan cuti dalam sistem  hijrah juga ditukar, supaya generasi akan datang tidak akan tahu malah takde satu idea pun apa benda tahun hijrah tu.
Pemikiran dan hidup kita telah didoktrin dengan cara barat.

Kerana apa? kerana mereka tak mahu kita mengamalkan islam dalam kehidupan kita dan mereka tidak mahu kegemilangan islam dikembalikan sepertimana semasa pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin, era Bani Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.

Kerana apa? kerana mereka ingin islam dihancurkan!
Dan itulah yang sedang berlaku sekarang!

Umat islam ditindas, diseksa, dibunuh sesuka hati.

Apa yang sedang berlaku sekarang di bumi Palestin, Syria, Mesir, Burma, Thailand..dan di Malaysia sendiri, bukanlah kerana hukuman Allah terhadap saudara-saudara kita, tetapi kerana kesalahan kita!

Kerana kita tidak berhak memperoleh rahmat-Nya. Kerana kita tidak patuh terhadap apa yang Allah gariskan di dalam Al-Quran, walaupun kita mengaku bahawa kitalah golongan muslim itu.

*****

Last time you check, are you JUST a muslim or a PRACTISING muslim?

Sila check diri masing-masing.

Moga tahun baru ini memberi kita satu azam baru yang kaan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Juga, untuk menjadi seorang muslim yang bukan hanya pada nama atau kad pengenalan, tapi seorang muslim yang mempraktikkan islam dalam kehidupan nya.

InsyaAllah.


Allahu. Apa kita nak jawab dengan Allah nanti? :'(



O ye who believe! Enter into Islam whole heartedly; and follow not the footsteps of the Satan for he is to you an avowed enemy.
[Al-Baqarah, 2:208]

No comments:

Post a Comment