Pages

05 January 2014

AlKautsar

بسم الله الرحمن الرحيم 



Daripada Aishah r.a berkata: ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian. Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. 
[HR Bukhari]


Al-Kautsar.
Telaga Kautsar. Nikmat yang sangat banyak.

Dalam tafsir surah Al-Kautsar, Allah SWT meyakinkan Nabi Muhammad SAW bahawa segala nikmat yang baginda perolehi datangnya daripada Dia, bukan daripada pak cik baginda atau sesiapa. Pada ketika itu, Nabi Muhammad SAW berasa sangat sedih apabila anak lelaki baginda, Qasim, meninggal dunia dan pada masa yang sama, bapa saudara baginda sendiri, Abu Lahab, mengejek baginda kerana tiadanya anak lelaki yang akan mewarisi nama baginda.

Apa kaitan nya dengan hadis di atas?

Ehem. Betulkan duduk anda. Mari kita mengembara.

Nabi Muhammad SAW telah dikurniakan bermacam-macam nikmat oleh Allah SWT, antaranya kenabian baginda itu sendiri, isteri-isteri baginda, Al-Quran etc.
Daripada asbabun nuzul surah ini, apabila baginda bersedih dengan segala benda yang berlaku, Allah mengingatkan kembali baginda dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan. Back to Him. Melalui apa? Melalui solat.

Sesungguhnya, setiap inci peristiwa yang dirakamkan di dalam Al-Quran itu juga bermanfaat untuk kita. Kerana apa? Kerana Al-Quran itu bukanlah applicable semasa adanya Rasulullah SAW dan para sahabat sahaja, tetapi juga bagi kita. Atas sebab itulah, Allah telah menjaga Al-Quran sampai sekarang.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.
[Al-Hijr:9]

Jom..
Pandang ke atas, dan lihat langit yang kebiruan..
Pandang ke sekitar kita, dan lihat pokok-pokok yang ditiup angin..
Pandang ke laut, yang luasnya sesayup mata yang memandang..
Rasakanlah..angin yang meniup lembut..
Rasakanlah..oksigen yang sedang kita hirup..
Kedamaian yang terselit di dalam hati..

Rasailah..semua kenikmatan yang kita sedang gunakan.

Apa signifikannya nikmat-nikmat ini kepada kita?
Kenapa Allah memberi kita peluang merasai kenikmatan-kenikmatan ini?

Kerana..Allah sangat Mercy kepada semua makhluk-makhluknya. Ar-Rahman Allah, tiada yang mampu menandingi. Kerana Ar-Rahman Allah itu diberi kepada semua makhluk-Nya tidak kira lah yang muslim atau not-yet-muslim.

Kalau nak dikira, rasa macam malu pun ada, bila kita menggunakan segala kenikmatan ni tapi kita sikit sangat bersyukur. Kita kira, semua yang berada di sekeliling kita bukanlah satu nikmat kerana semua orang dapat. Dah macam ritual. Bila kita survive, keluar daripada perut ibu, kita akan mendapat oksigen secara free of charge.
Itulah manusia. Yang sering alpa. Bila Allah tarik sikit, baru lah kita nak sedar nikmat yang sebelum ni kita gunakan tanpa rasa bersyukur, tanpa rasa malu kepada Dia.

Tapi..berbeza bagi kekasih Allah yang satu itu, Rasulullah SAW. Eventhough baginda dah konfem-konfem masuk syurga, tapi baginda still solat, solat yang bukan biasa-biasa, tapi sampai bengkak-bengkak kaki baginda. Allahu. Nanges T_T
Tak malukah kita dengan baginda??
*Pengsan

Jadi, solat sebenarnya bukan sekadar ibadah. 
Solat ialah manifestasi syukur kita kepada Yang Maha Penyayang, atas kurniaan nikmat-nikmat-Nya kepada kita. 
Itu yang sepatutnya.

Jadi, tak sepatutnya solat kita seperti ayam patuk padi, atau seumpama dengannya.
Rasai, dalam solat kita bahawa kita sedang bercakap dengan Dia. 
Juga, kembalikan rasa syukur kita kepada Dia dengan mentaati segala yang telah diperintahkan, dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mari.
Kita hidupkan sunnah-sunnah baginda. Tetibe.
*post-TOF

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak.
Maka, laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).
Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).
[Al-Kausar:1-3]


No comments:

Post a Comment