Pages

25 February 2013

Mentaliti.

بسم الله الرحمن الرحيم 

status: kerja berlambak dan saya update blog. Err.

salam alaik people.

"Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
[HR Muslim]

*****

Alhamdulillah hari ini kita diberi lagi peluang untuk menghirup udara yang segar, kita masih diberi peluang oleh-Nya untuk melihat kehebatan ciptaan-Nya dan masih..diberi peluang untuk merasai segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. alhamdulillah, with capital A. hee =D

tema untuk post kali ni ialah 'MENTALITI'.

MENTALITI membawa maksud keadaan atau kualiti kebolehan akal, daya fikir atau cara kita berfikir.

                                                                          [sumber: dewan bahasa & pustaka]

Cara berfikir. uhum.
Kalau masa SPM dulu, cikgu BM selalu je cakap pasal mentaliti rakyat Malaysia ni still berada di tahap kelas ketiga. pisang goreng panas. ohoii.

"Amboi, manis bicara adik manis. rakyat Malaysia mentaliti kelas ketiga?"

Ye adik kakak manis-sugar-overdose. 

Betui apa cheq cakap.

Dah sampah pun buang tepi jalan. mencemarkan alam sekitar. kalah orang putih dekat negara empat musim nu. 
Kata negara Islam, tapi tak amalkan jugak yang 'Kebersihan tu sebahagian daripa iman.'
kalau nak describe satu2 memang sampai malam sabtu minggu depan pun tak habis cerita ni. 

Sama jugak dengan kes orang Islam yang apabila tengok orang Islam yang lain mengamalkan dengan syumulnya Islam, dia dilihat sebagai alien-kepala-bujur-yg-jatuh-dari-kapal-angkasa-Marikh-sana. Heh.

Logik tak di kepala mungkin. 

dah taktau beza alien dengan manusia ke kakak? ke dah terpengaruh dengan teori Charles Darwin? dan bajet dia je manusia normal. kikiki. 
hee. no offense *angkatpeace*

post ini bukanlah nak describe teori Charles Darwin ke Charles Brooke ke. tapi nak memberi pencerahan sedikit sebanyak kepada manusia2 di luar sana. 

*****
Arakian tersebutlah sebuah kisah...

Di sebuah mall di negeri utagha Tanah Melayu. Negeri pertama yang menerima biji getah yang dibawa dari London. 

seorang gadis manis berpurdah masuk ke mall yang padat dengan warga kota di tengah bandar. kaki dah mencecah entrance mall. yang berada di entrance mall itu senyum sahaja. budak2 sekolah agama berpakaian baju rasmi sekolah. outing barangkali.

tiba di sebuah kedai buku, dia masuk. untuk menggunakan Baucer Bantuan 1Malaysia mungkin. Eheh.
di kaunter: Eh. akak indian tu pusing-lipat dua kali melihat cara gadis tersebut berpakaian.
Setelah selesai membayar, gadis tersebut meneruskan perjalanannya untuk ke destinasi lain di mall tersebut. malangnya, terpaksa pulak menebalkan muka bilamana siren-apa-ntah berbunyi bila dia sedia untuk keluar. bersoal jawab pula dengan pakcik guard si penjaga pintu. 
Semua mata di kaunter berdekatan pulak tak habis2 duk tengok gadis berpurdah tersebut. ada yang melihat senang, ada juga yang melemparkan jelingan-tak-puas-hati. manusia. sabar saja.

Selesai sesi-bersoal-jawab-mengalahkan-kena-tahan-dengan-ISA dengan pakcik guard, gadis tersebut meneruskan perjalanan ke department store untuk membeli barang keperluan. 
Oh ya, terlupa. gadis tersebut ada bersama2 seorang rakannya.
Malangnya, rakan gadis tersebut tak ada pulak kena tahan macam orang PATI; Penceroboh-Asing-Tanpa-Izin walaupun mereka keluar sekali.

Sekali lagi, di kaunter. makcik-mana-taktau tengok gadis tersebut macam nak tercabut mata. 
Zrass. makcik tu menarik trolinya dengan kasar. 
"Makcik, saya taknak la ambik troli makcik tu." Heee -.-' 
Makcik Melayu=pakai tudung=Islam. 

Seorang lelaki cina tengok-atas-bawah gadis berpurdah tadi. tak pernah tengok barangkali. ingat terrorist ke uncle??

*****
Nampak bagaimana pemikiran orang Malaysia bila nampak orang yang mengamalkan Islam dengan betul-sebetul-betulnya dipandang serong. macam nampak alien-jatuh-dari-Marikh pun ada.

Kritikalnya, orang Islam sendiri melihat gadis berpurdah tersebut macam nak tercabut mata. macam gadis tersebut dah buat satu-kesalahan-mandatori-yang-tak-boleh-dimaafkan-kesalahannya.

Allahu.

Betul la umat sekarang tengah sakit.

Dan benarlah hadis Nabi SAW seribu empat ratus tahun dulu yang Islam akan kembali asing.

pasir-masuk-mata.

Takut pun ada. risau.

Semoga makcik tu mendapat hidayah.

Semoga hidayah Allah menyentuh hati2 manusia.

Dan kepada para pejuang agama, yang sudah mendapat pencerahan agung, yang dah menyertai gerabak keretapi DnT, yang sudah ber-bolatan-gumbira setiap minggu, bercipiki-cipika ikot kata APG, kuatkanlah hati anda wahai saudaraku.
InsyaAllah Islam pasti akan tertegak kembali suatu masa nanti. one fine day. ameen.

Dan..teguhlah di jalan yang sumpah panjang dan penuh liku-bak-highway-Grik ni. 
janji Allah itu pasti. Allah tak pernah melupakan janji-janjinya.

Please Allah, not people =D



"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
[3:104]




moga bermanfaat.aman tanpa perang :)

No comments:

Post a Comment