Pages

17 February 2013

Kempen Tutup Aurat TeamHijrah.

بسم الله الرحمن الرحيم 

status: jangan pandang enteng ya :)

Salam alaik ppl =D

16th of February 2013.

Event: Kempen Menutup Aurat & Street Dakwah.
Venue: Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Semalam satu program telah diadakan di Masjid Muhammadi, KB yang dianjurkan oleh TeamHijrah(Kelantan). It was a blast! =D

Alhamdulillah, dapat ilmu baru, dapat berkenalan dgn org2 yang dalam circle yg sama di KB ni. dan, alhamdulillah, dapat menyumbang jugak sedikit kepada Islam. moga. 

*****

Checklist.


Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
[33:59]

Menutup aurat tu bukan perintah daripada pihak berwajib atau pihak kerajaan negeri atau etika pejabat atau mana2 disiplin sekolah yang menetapkan ianya begitu. 
Arahan menutup aurat ini merupakan perintah daripada Allah sebagaimana ayat diatas dan juga ayat 24, surah An-Nur.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[24:31]

Dalam ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya kaum2 Hawa menutup aurat, kecuali kepada 11 golongan, iaitu:
 1. suami
 2. bapa
 3. bapa mertua
 4. anak2
 5. anak2 suami
 6. adik-beradik lelaki
 7. anak2 saudara lelaki 
 8. anak2 saudara perempuan
 9. wanita muslimah
 10. hamba sahaya (yg tdk ada keinginan terhadap wanita)
 11. kanak2 yang belum peka terhadap aurat wanita

Menutup aurat-->ibadah; which then --> kita akan dapat pahala apabila melakukannya dengan ikhlas :)

"okeyy. tapi ada je yg tutup aurat tapi still jadi mangsa lelaki?apa cerita?."

ehem.

mari teliti ayat ni..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[24:30]

Haa. Allah dah pesan kan? Allah ckp dekat lelaki2 yg beriman supaya jaga pandangan, dan jaga nafsu mereka. Begitu juga perempuan. Jadi, hal aurat sebenarnya bukan hanya isu perempuan tetapi juga lelaki.

Rasulullah SAW bersabda kpd Ali r.a.:  

Wahai Ali elakkan pandangan kedua, kalau ia harus bagi kamu pada kali pertama, dia tidak lagi harus bagi kamu untuk kali kedua“. 

"Sesungguhnya pandangan pertama itu hak kamu, tapi pandangan kedua itu HARAM."

ohoii.

Maka, sesungguhnya berpakaian bagi kaum Hawa itu juga ada syarat2 nya.
   1. Tidak Tipis
   2. Tidak Ketat

"Eh. pehal pulak kitorang salah? kitorang dah tutup, orang laki tu yang tak reti2 nak jaga pandangan."

Cik adik manis, terlebih gula ke? manis mulut bicara nampak. eheh.

adik kakak, org2 laki tu mendaratkan pandangan kepada kita sebab kita yang bagi tarikan tu dekat diorang. 
yes, kita tutup aurat, tapi betoi ka cara kita tutup tu? muhasabah balik.

analogi mudah:
semut akan pergi tempat ada gula kan? sebab tempat tu manis dan semut sukakan sesuatu yang manis.

kita pun sama lah macam gula tu, kalau kita 'cover' tarikan tu, takkan diorang nak tengok?



krikk. krikk. cengkerik berbunyi.

Sabda Nabi: 
"Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga.
[Sohih Bukhari]

Ha. bagaimana? nak kata apa lagi? Allah sendiri dah bagi jawapan ni.

Fenomena kaum wanita yang 'berpakaian tapi bertelanjang' ni dah macam jadi trend pulak dekat Malaysia. Nama jubah muslimah, tapi sampai menampakkan bentuk tubuh badan apa cerita?

Espeseli bila angin sepoi2 bahasa bertiup, maka baju pon sepoi2 bahasa melekat dekat badan. aduss.

Anda, anda tak rasa tebal muka ke dengan panahan2 mata kaum adam?

Tahukah anda bahawa kebanyakan kaum adam akan teransang nafsunya apabila tertengok, sengaja tengok, menengokkan *segala imbuhan la*; 'bahagian fitnah', yakni aurat perempuan.

Eh. betoi ka ni?

Statement diatas merupakan keputusan survei yang dilakukan oleh Ustazah Syarifah Zin  kepada sang laki2.

Wahai anda kaum hawa sekalian.

saya ini tak ingin melihat kaum sendiri merana di akhirat kelak.
ingatlah bahawa kita akan kembali kepada Sang Pencipta satu hari nanti, tak kira cepat atau lambat.

Wahai anak cucu adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagai tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.
[7:26] 

Bertaubatlah. Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang kerana kasih sayang Allah lebih luas daripada kemarahan-Nya *smile*

Jangan jadi mangsa fesyen. eheh ;)

Jom kejar redha-Nya.


"Yes, we wear head tent." -AisyahSyakirah









                                                                         

No comments:

Post a Comment