Pages

13 May 2013

Adakah lagi masa?

بسم الله الرحمن الرحيم 


Tiap-tiap hari segala persoalan ni akan bergayutan dalam fikiran.

"How will it be, kalau Izrail datang cabut nyawa like right now??"

"Apa aku nak jawab dengan malaikat mungkar dan nakir??"

"Amalan apa yang boleh bawak aku ke syurga??"

"Allah terima ke semua amalan aku selama ni??"

Pernah terbaca something, dekat mana dah lupa.
Ohh ya, dengar daripada radio ikim, masa on the way ke kolej..
Tapi,,lupa either ustaz atau ustazah yang bagi tazkirah pagi tu.
Katanya:

"Alangkah ruginya aku buat sikit je amalan masa dekat dunia dulu. Kalau aku perbanyakkan amalan sunat, maybe aku dapat duduk dalam syurga yang lebih tinggi."

"Alangkah ruginya aku tak buat apa yang Allah suruh masa dekat dunia dulu. Kalau tak, mesti aku dapat masuk syurga."

Sedangkan ahli syurga pun mengeluh kerana masa dekat dunia tak perbanyakkan amalan, apatah lagi aku??

Kadang-kadang rasa meluap-luap je nak buat tu, buat ni, tapi bila nak buat tu, mula la rasa malas la, tangguh dulu la. Allahu :'(

Himmah pun dah mula hilang, pudar.

*****
Aku teringin untuk berada di antara ahli-ahli syurga-Mu.
Bantu lah aku. 
Tunjukkan aku jalan-Mu yang lurus Ya Rabb. 

No comments:

Post a Comment