Pages

15 October 2013

Pengorbanan.

بسم الله الرحمن الرحيم 


Apa erti qurban?

Mungkin boleh tengok sini. Walaupun tader la erti qurban tu ikot istilah ke, ikot bahasa ke, ikot kamus dewan bahasa dan pustaka ke.

Simple words can make we understand better perhaps.

*****

Teringat khutbah raya tadi.

Tok imam suruh kita hayati perngorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.

TPM pulak suruh kita hayati maksud tersirat di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya.

Cuba pulak tengok pengorbanan saudara-saudara kita di Mesir, di Syria, di Palestin, di Burma, di Myanmar..

Mereka berkorban supaya Islam tidak lenyap di muka bumi.

Sama seperti Rasulullah SAW dan para sahabat. Mereka berkorban, tenaga, harta dan nyawa, untuk menegakkan Islam. Untuk memastikan Islam sampai kepada kita sekarang.
Mereka lebih sanggup diseksa mahupun syahid, daripada give up dan melihat kejatuhan Islam.

Kita pula??

Masih lagi bersuka ria, masih lagi memenuhi kehendak hawa nafsu, bersenang-lenang, dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling.

Sila bangun! Sila bangun! 

Anda bukan di alam fantasi, anda di alam realiti!

Nak ke kita tengok Islam hanya diambil kira apabila berbicara mengenai agama sahaja?

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
[Al-Baqarah:208]


Allah dah state pun dalam Al-Quran. Islam itu ialah ad-deen, cara hidup. Kerana apa? Kerana Islam itu syumul, yakni menyeluruh. Islam mencakupi semua aspek kehidupan.

Islam tu bukanlah berkenaan halal dan haram je, bukan hitam dan putih je. Tapi, Islam sebenarnya berwarna-warni, colourful, dan depends pada kita untuk menjadikan Islam hitam dan putih je atau diwarnai dengan warna-warna yang pelbagai tu.

:)


"I don't just love RasulAllah (salAllahu alayhi wa salam) because he's the messenger, but also because of how hard he worked to make sure the message reached me."         
-Sh.Omar Suleiman

12 October 2013

Random #1

بسم الله الرحمن الرحيم 


Half of journey.
Lagi 4 bulan professional exam.

Ok. 
Takde kaitan.

********

Semua orang dah masuk phase baru.

Phase dewasa.

Menjadi dewasa.

Mula memikirkan hal-hal orang dewasa..

Macam...nanti nak beli kereta apa,
Nak rumah berapa tingkat,
Nak anak berapa..

Ok. Sila abaikan. -.-"

TAPI...

Bagaimanakah nasib umat ini??
Siapakah yang akan membela nasib umat ini??

Mungkin engkau sudah melupakan tujuan engkau diciptakan?
Untuk menjadi khalifah umat, untuk menjadi abid kepada Dia..

Namun...

Apa peranan engkau sekarang?

*****

Alemak aihh.. dah macam puisi yang tak puitis langsung langsung!

Idea tak cukup lagi mungkin.