Pages

28 July 2013

Ohoii, Fantastiknya Ramadhan!

بسم الله الرحمن الرحيم




Ohoii. lama tak menulis.
Harap-harap bakat yang tak seberapa untuk menulis tak hilang ditelan dek masa lagi. uhukk.

*****
Ramadhan dah masuk hari ke 19.

Masih kah niat berpuasa tu kerana Allah?
Atau hanya berpuasa sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang yang bernama Muslim?
Atau kah, berpuasa sebab kalau tak puasa nanti mak marah?
Atau, berpuasa sebab orang sekeliling berpuasa?

Tak perlu jawab kuat-kuat. Simpan jawapan-jawapan anda dalam hati :)

*****

JOM! 

Ucapkan Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni.

Ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kita nafas untuk bertaubat.

*****
Dulu, tak faham kenapa para Sahabat akan menangis apabila Ramadhan hampir sampai ke penghujung.

Persoalan yang takkan terjawab kalau masih di 'takuk' yang sama.

Nak tahu kenapa?

Sebab Ramadhan ialah bulan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya untuk beribadah tanpa gangguan syaitonirajim. 

Ramadhan ialah bulan memupuk ketaqwaan.

"Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[2: 183]

Puasa tu..ialah wasilah menuju taqwa, kerana puasa dapat menundukkan nafsu. 

*****
Rugi.

Sangat rugi bagi sesiapa yang tak memanfaatkan kedatangan bulan penuh barakah ni.

Syaitan-syaitan pun dah dibelenggu masa bulan Ramadhan ni.

Jadi, sekarang sebenarnya 'The Battle Within Ourself', perang antara diri kita sendiri. Sebab sekarang bisikan-bisikan daripada syaitan tu takde, yang tinggal cuma NAFSU kita sendiri.

Tapi tu la, setiap kali Ramadan datang, still..tak ramai yang betul-betul faham kenapa dikurniakan bulan sehaibat ini oleh Allah.

Still.. tak sedar yang Allah belenggu syaitan-syaitan tu semua supaya kita betul-betul guna peluang ni untuk bertaubat, membersihkan diri daripada dosa dan noda yang kita buat dalam bulan-bulan sebelum ni.

Jujurnya, hati agak kecewa bila tengok anak bangsa sendiri. 

Bulan Ramadan macam cuma diertikan dengan bazar, moreh, baju baru sebab nak raya tak lama lagi etc.

Tal sedar lagi ke kita? Allah tak perlukan lapar&dahaga kita tu. Kita je yang duk penat-penat puasa tiap-tiap hari, kalau still tak dapat nak grab lagi tujuan adanya Ramadan ni.

Ya, maybe ada yang akan complain, kencang je dia ni cakap, padahal dulu pun satu league je.
Betul, saya pernah menjadi salah seorang daripada mereka yang tak faham tu. Tapi, alhamdulillah Allah pilih untuk menjadi orang yang faham sekarang, dan harapnya berterusan hingga ke akhir hayat, insyaAllah.

Okeh, berbalik pada isu tadi.

Apa makna kita puasa kalau still kencang 'makan daging' saudara sendiri (mengumpat). Sambil-sambil tunggu lecturer masuk, sempat je nak kata orang tu orang ni. Apa kata guna masa tu untuk baca quran. Tak ke bagus macam tu?

Dan..daripada duk pung pang pung pang buat bising dalam lecture hall tu, apa kata ajak kawan-kawan zikir ke, cerita kisah sahabat ke, share ayat quran ke? ni lagi coolio kott *.*

Second, peristiwa ni berlaku semalam. 2 org budak laki, umur range 15-16 tahun kot, beli mee goreng+sambal lada 2, 3 bungkus. Takkan adik dekat rumah makan sambal kot dik oii. 
                                                                                                                           
Kalau tengok dekat masjid yang buat 20 rakaat solat sunat terawikh, first 8 rakaat je penuh sampai ke saf belakang, dengan yang muda, tua, budak-budak. It's good. Tapi, habis je 8 rakaat, tup tup tinggal 1 saf setengah je, tu pun penuh dengan makcik-makcik yang sakit lutut. Err -.- 

Ohoii, berbaik sangka la sikit. 
Ya, maybe ada kerja kat rumah. Maaf *.*

Tapi, buat yang takde kerja dekat rumah, atau halangan-halangan yang menghalang, takkan sakit lutut jugak kott? Terawikh ni time bulan Ramadhan ni je ada, jom la kita pulun betul-betul. Rugi. Nanti dekat akhirat, menyesal tak sudah.

Kalau nak list dekat sini, banyak je lagi fenomena-fenomena bulan puasa. Cuba perhatikan sekeliling.

*****
Kadang-kadang sedih bila tengok mereka. Memang dah kelabu asap tak nampak apa dah. 

Rasa nak nanges pun ada bila tengok umat sendiri.

Sepatutnya, kita sebagai orang Islam, betul-betul ambil peluang di bulan Ramadhan ni. 

Allah dah cakap, ganjaran di bulan Ramadhan ni sangat besar. Takkan dapat dalam bulan-bulan lain. 


Daripada Sahl bin Sa'ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW: 
"Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: "Di manakah orang yang telah berpuasa?" Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Nah, tak nak ke masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan ni? superb kott, Allah sediakan khas untuk sape-sape yang BERPUASA SAHAJA.

TAPI INGAT!!
Niat kena jaga. Apa yang kita buat mestilah Lillahi Taala, kerana Allah semata-mata. Bukan sebab mak suruh ke, nak dapat duit raya lebih ke, malu ke kalau tak puasa. Sentiasa tajdid (perbaharui) niat. Moga-moga Allah terima puasa kita, InsyaAllah.

*****
JOM! jadi macam kepompong.

Masa Ramadhan ni jadi ulat dalam kepompong tu, pulun buat kebajikan, buat yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang..

Dan..bila Ramadhan berakhir, jadilah sang rama-rama yang sangat cantik. InsyaAllah :)




*****

p/s: Umat Islam dulu, berperang dalam bulan Ramadhan kott, menang pulak tu. 
Contohnya, Perang Badar, penaklukan Kota Mekah, pembukaan Kota Andalus oleh Tariq ibn Ziyad dan Peperangan 'Ain Jalut.
Kita, dah lepas zuhur je, lembik macam jeli dah. Headshot.