Pages

26 October 2012

duhai sahabat.

سم الله الرحمن الرحيم 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

sahabat, ini bingkisan buatmu. *tachycardia 


duhai sahabat
mungkin aku tidak pandai berkata-kata
mungkin aku tidak arif dalam menuturkan bait-bait puisi
mungkin juga aku bakal mengguris hatimu lagi dengan kata-kataku ini
namun
ketahuilah duhai sahabat
bingkisan ini lahir daripada hatiku yang paling dalam
bingkisan ini lahir apabila aku mula mengenal erti ukhuwah yang sebenar-benarnya

duhai sahabat
mungkin dulu aku terlalu mengagungkan keegoanku 
sehingga kau terluka
mungkin dulu aku terlalu memenangkan si iblis durjana itu 
sehingga kita berjauhan
mungkin dulu aku terlalu menutup hatiku buatmu
sehingga kita bermasam muka berbulan lamanya


duhai sahabat
aku tahu, diri ini selalu menyakitimu
aku tahu, diri ini selalu mengguris hatimu
aku juga tahu, diri ini banyak melukakanmu dengan tindak-tandukku 
namun
aku mohon duhai sahabat
ampunilah diri ku ini
ampunkan segala perbuatanku yang tidak menyenangkanmu
ampunkan segala kekhilafan diri ini 
ampunkan segala kekasaranku terhadapmu
amounkan segala keegoan ku
ampunkan ku duhai sahabat

duhai sahabat
aku sudah tidak sanggup bermasam muka denganmu
aku sudah tidak mampu hanya memandangmu dari kejauhan
aku sudah tidak ingin, cuma angin lalu apabila kita berselisih

duhai sahabat
aku tahu lukamu terlalu pedih
aku tahu lukamu terlalu dalam
aku juga tahu lukamu terlalu sukar untukku ubati 
namun
ku harap hatimu masih punya ruang untuk menyambut kemaafan dariku
ku harap ku masih punya peluang untuk menebus kekhilafanku terhadapmu

duhai sahabat
di hari yang mulia ini
aku menyusun sepuluh jari
maafkan ku duhai sahabat
maafkan segala kesalahanku terhadapmu
maafkan ku kerana membuatmu terluka
maafkan ku kerana meninggalkanmu tanpa sebaris kata
maafkan ku kerana tidak memberi peluang kepadamu untuk mendekatiku
maafkan ku kerana kekerasan hatiku hingga melukakanmu

maafkan ku duhai sahabat.


Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم 


Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak

ertinya:
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

salam Aidiladha buat umat islam di seluruh dunia.
may Allah bless :)


#notakaki.
cemburu dengan hamba2Nya yang berpeluang menjadi tetamu Allah.

24 October 2012

yang indah itu bahasa

بسم الله الرحمن الرحيم

#status: hujanlebat

Assalamualaikum wbt wahai antum&antunna sekalian.
moga kalian berada dalam lindungan Allah swt.

uhuk..uhuk..uhuk
indeks IPU bagi belog ni dalam zon bahaya!
ini batuk bukan sebarang batuk..ini batuk disebabkan belog ni yang dah lama terbiar sepi sampaikan inche labahlabah berani menunjukkan diri
maaf buat si belog kerana lama dibiarkan sepi sendiri.
*hurmm.lenggok bahasa lain benar rasanya o.O

hujan.
hujan itu rahmat kata orang.
rahmat. 
sebab tanaman2 dapat bekalan H2O yang cukup untuk buat proses fotosintesis bila jumpa sang matahari esok.

tadi, terdetik di hati untuk menjengah belog seorang hamba Allah.
Subhanallah. 
terasa kecil diri ini untuk dibandingkan dengan beliau.
terasa tersentuh jiwa yang kosong ini dengan ayat2 beliau.
teringin sebenarnya hati ini utk mempunyai kelebihan sepertinya.
mungkin...boleh digarap dengan praktis.
maklumlah, practice makes perfect kata pakcik matsalleh.
tapi manusia takde pon yang perfect. *ehehsekadargurauan :p

okies.masuk tajuk utama.
ISK.
Ini Sumpah Kewrious. Ini Sejarah Kita.

graf tamadun islam.

pernahkah antum&antunna semua lihat graf ini?
dalam buku teks sejarah tingkatan 4 kah?ke dalam subjek pengajian malaysia? o.O
ke cikgu sejarah pernah cakap dalam kelas dulu tapi aku tidoo?*monologdalaman
ke ustaz/ ustazah pernah cerita masa belajar pend.agama islam?*garu2kepala
jangan digaru kepala tu,nanti jatuh inche2 kutu.

wahai antum&antunna semua, itulah graf sejarah kita.
graf kebangkitan&kejatuhan umat islam.
sedarkah kalian?
dimana kita sekarang?
ana tahu,ini fakta yang agak berat.
tanpa pengisian yang mendalam,mungkin antum&antunna semua agak keliru.
takpe takpe.
insyaAllah jika diberi kesempatan ana akan cuba post pasal ISK ni.
buat kalian, tak rugi mencuba selidik2 sikit pasal sejarah islam ni ye.
tak rugi punya. kalau bkn kita,siapa lagi nak tahu sejarah kita.
takkan nak pakcik2 dan makcik2 matsalleh je ingat sejarah ni.
tu baru betol rugi.

dalam pada tu, cuba selak love letter daripada Allah tu.
[2:30] dan [51:56]
hayati maknanya.
dekat sini,ana sertakan part one ISK daripada seorang hamba Allah yang sudi sharing sedikit ilmu yang diperoleh.moga bermanfaat."sedikit sharing"

moga post kali ni memberi sedikit sebanyak info dan membuka sedikit pandangan kita.
marilah kita sama2 menjadi seorang islam, bukan seorang Islam.



p/s: maaf andai post ini membuatkan hati2 sang pembaca terluka atau terguris.
mohon diampunkan salah dan silap.
#mogabermanfaat :)



*sedikit pencerahan 
moga terang dunia anda ^^